SOALAN LAZIM KIMIA BINTULU
Jawapan: Terima kasih atas pertanyaan pihak Tuan/Puan. Sebarang peluang pekerjaan di Jabatan Kimia Malaysia adalah menerusi portal Suruhanjaya perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Sebarang permohonan pekerjaan boleh dibuat di laman web rasmi SPA (https://spa9.spa.gov.my/login). Namun begitu, peluang pekerjaan adalah tertakluk kepada kekosongan semasa. Dimohon Tuan/Puan sentiasa menyemak iklan pengambilan pekerja oleh pihak SPA dari semasa ke semasa. Selamat maju jaya.
Jawapan: Terima kasih atas pertanyaan pihak Tuan/Puan. Bagi Latihan Industri di Jabatan Kimia Malaysia, permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi Kimia Malaysia iaitu (https://www.kimia.gov.my/en/). Status permohonan sama ada berjaya atau tidak akan dimaklumkan menerusi emel pemohon.