Laman Web Rasmi
JABATAN KIMIA MALAYSIA

FAQ
FAQ
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklumbalas
Maklumbalas
peta laman
Peta Laman
Search
Close this search box.

SOALAN LAZIM BAHAGIAN TOKSIKOLOGI

A. PELANGGAN

Bahagian Toksikologi Pusat Analisis Sains Forensik Jabatan Kimia Malaysia menyediakan analisis Toksikologi yang merangkumi:

1.1   Pengesanan dadah/racun bagi spesimen biologi bagi tujuan penguatkuasaan dalam kes-kes mediko-legal yang dihantar oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kes  Toksikologii Klinikal dari Hospital-Hospital Kerajaan.

Antara analisis yang disediakan adalah : 

1.1.1      Analisis alkohol dalam darah dan air kencing dalam kes memandu bawah pengaruh alkohol, kes kemalangan maut dan kes keracunan alkohol.

1.1.2      Analisis pengesanan dadah dan racun seperti logam, produk kegunaan harian seperti klorox, detergen dan sebagainya dalam kes cubaan membunuh diri atau kes pengambilan bahan khayal.

1.1.3      Analisis bahan beracun seperti pestisid, karbon monoksida dalam kes kematian mengejut dan kes disyaki keracunan serta insiden lain.

1.2  Pengesanan dadah/racun berjadual bagi kawalan dadah Farmaseutikal oleh Bahagian Pengutkuasaan Farmasi ke atas produk tidak berdaftar , ubat-ubatan yang dirampas serta produk traditional yang disyaki mengandungi racun di bawah Akta Racun 1952.

2.1  Penghantaran ekshibit adalah melalui serahan tangan di kaunter Penerimaan ekshibit  Pusat Analisis Sains Forensik.

Bagi kes mediko-legal semua ekshibit diserahkan  bersama-sama dengan Borang Polis 31 dan borang permohonan analisis, iaitu Borang Kimia 15 pind 3/2020 yang  lengkap ditandatangani oleh Pegawai Perubatan.

2.2 Bagi kes  Toksikologi  Klinikal  ekshibit diserahkan bersama borang permohonan analisis, iaitu Borang Kimia 15 pind 3/2020 yang  lengkap ditandatangani oleh Pegawai Perubatan.

 2.3 Bagi kes kawalan dadah Farmaseutikal yang disyaki mengandungi racun di bawah Akta Racun 1952, ekshibit diserahkan bersama Borang Permohonan  Analisis dari Bahagain Penguatkuasa Farmasi.

Borang Kimia 15 pind 3/2020 boleh dimuat turun melalui laman sesawang  Jabatan Kimia Malaysia www.kimia.gov.my .

Ekshibit akan didaftarkan, resit penerimaan ekshbit yang mempunyai nombor makmal  Jabatan Kimia Malaysia dikeluarkan, resit penerimaan ditandatangani oleh pegawai penerima dan diserahkan kepada penghantar.

Pelanggan boleh mendapatkan laporan Kimia melalui kutipan secara berkala di kaunter Penerimaan ekshibit Pusat Analisis Sains Forensik.

Bagi Pengesanan semula laporan Kimia yang tidak diterima, mohon hubungi Bahagian Toksikologi di talian 03-79853824 dengan mengemukakan maklumat Nombor makmal Jabatan Kimia Malaysia untuk semakan. 

Memo penolakan ekshibit dikeluarkan dan diserahkan kepada penghantar semasa menghantar ekshibit.

Sila rujuk piagam pelanggan di laman web KIMIA Malaysia.

Pelanggan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Bahagian Toksikologi melalui telefon sebelum menghantar kes ke kaunter penerimaan kes. Sila pastikan ekshibit tersebut diletakkan di dalam bekas polisterin atau diletakkan di dalam sekurang-kurangnya 2 lapis beg plastik spesimen sebelum diserahkan untuk analisis.

Bahagian Toksikologi Pusat Analisis Sains Forensik Jabatan Kimia Malaysia TIDAK menawarkan analisis pengesanan dadah bagi tujuan Medical Check-up/Medical Surveillance.

B. ORANG AWAM

Tidak.  Ianya perlu dihantar  melalui agensi penguatkuasaan seperti Perkhidmatan Hospital , Polis Diraja Malaysia atau Bahagian Penguatkuasaan Farmasi.

Permohonan Salinan Laporan Kimia Yang Disahkan benar  (CTC) Analisis Toksikologi boleh dibuat dengan memohon terus ke Bahagian Toksikologi. 

Sila layari  laman sesawang www.kimia.com.my  untuk  prosedur mendapatkan Salinan Laporan Ahli Kimia Malaysia yang disahkan benar. 

Sila hubungi Bahagian Toksikologi di talian 03-79853824 untuk bantuan.

 Salinan Laporan Kimia Yang Disahkan benar (Certified True Copy) akan dikeluarkan setelah satu surat kebenaran dari pejabat Undang-undang Negeri dikemukakan.

Skip to content