SOALAN LAZIM BAHAGIAN KUALITI MAKANAN
Bayaran analisis kimia bagi setiap satu sampel permohonan lesen air dan ais adalah seperti berikut:
JENIS PERMOHONAN LESEN | HARGA (RM) |
Mesin Jual Air | 260.00 |
Air Minuman Berbungkus | 650.00 |
Air Mineral Semulajadi | 650.00 |
Ais (sampel air) bagi permohonan baharu & permohonan pembaharuan | 650.00 |
Ais (sampel ais) bagi permohonan baharu & permohonan pembaharuan | 650.00 |
Ais (sampel air) bagi permohonan pembaharuan (spesifik 8 parameter) | 490.00 |
Ais (sampel ais) bagi permohonan pembaharuan (spesifik 8 parameter) | 490.00 |
Bayaran boleh dijelaskan secara tunai (bagi sampel serahan tangan sahaja)/kiriman wang/bank deraf atas nama Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia. Bayaran analisis ini perlu disertakan bersama dengan sampel.
Tidak boleh. Bayaran analisis perlu dijelaskan melalui kaedah yang dinyatakan di atas.
Sampel boleh dihantar secara serahan tangan atau pos. Sampel perlu dimasukkan di dalam kotak yang berisi ais dan dimeterai dengan lak rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Bayaran analisis bagi sampel yang dipos perlu dimasukkan dalam plastik yang ditutup dengan rapi dan disertakan bersama dengan sampel.
Penghantaran sampel adalah secara serahan tangan atau pos. Sampel hendaklah dalam bentuk bungkusan asal (produk akhir), dimeterai dengan lak rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan disimpan pada suhu bilik. Bayaran analisis perlu disertakan bersama dengan sampel.
Sampel perlu dihantar ke alamat:
Bahagian Kualiti Makanan,
Jabatan Kimia Malaysia,
Jalan Sultan,
46661 Petaling Jaya,
Selangor.
(u/p: Seksyen Standard & Spesifikasi)
Laporan analisis kimia akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan sampel.
Laporan analisis kimia akan dihantar melalui e-mel dan pos kepada pelanggan. Semasa penghantaran sampel, mohon untuk lengkapkan borang penghantaran sampel ke Jabatan Kimia Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyertakan nombor telefon, alamat e-mel dan alamat surat menyurat di ruangan maklumat pemohon lesen.
Maaf. Kami bukan badan kerajaan yang mengeluarkan sijil atas produk makanan. Boleh rujuk kepada KKM/PKD berkenaan perkara ini.
Kami hanya menerima sampel aduan melalui agensi kerajaan yang menjalankan penguatkuasaan. Boleh adukan masalah ini kepada KKM atau KPDN untuk tindakan selanjutnya.
Kami tidak menerima sampel dari pihak swasta atau orang awam buat masa ini.
Boleh rujuk Buku Garis Panduan Penghantaran Sampel ke Jabatan Kimia Malaysia.
Sampel yang sesuai adalah produk makanan atau minuman yang boleh memberikan kesan dengan cepat selepas penggunaannya. Ia boleh didapati melalui aduan pelanggan atau testimoni yang diberi ke atas produk tersebut. Produk tersebut secara jelas menyatakan ia boleh mengurangkan sakit badan @ menguruskan badan selepas penggunaan.
Tidak perlu dibekukan. Mohon hantar secepat mungkin supaya sampel yang diterima masih segar.
Mohon sampel sebanyak yang mungkin (>1kg) dan dari batch yang sama kerana bahan asing tersebut mungkin sukar ditemui.
Residu adalah bahan-bahan yang tertinggal selepas suatu tempoh masa tertentu setelah disembur atau digunakan misalnya pada tumbuhan, buahan, biji-bijian dan sebagainya. Racun perosak adalah bahan sediaan yang digunakan bagi mencegah atau membinasakan misalnya kulat, parasite,bakteria, serangga dan rumpai. Residu Racun Perosak dalam hasil pertanian dikawal mengikut Peraturan Makanan 1985.
Ianya adalah nilai maksimum residu racun perosak yang dibenarkan terdapat dalam tanaman makanan akibat dari penggunaan racun perosak berkenaan berdasarkan Amalan Pertanian Baik (APB)/Good Agricultural Practice (GAP)
Kepentingan MRL:
- Memastikan racun perosak digunakan secara berhemah berdasarkan Amalan Pertanian Baik (APB)
- Melindungi kesihatan pengguna
- Memudahkan proses perdagangan dalam Negara serta antarabangsa
Nilai had maksimum residu racun perosak (MRL) dalam makanan mestilah kurang daripada yang ditetapkan dalam Peraturan Makanan 1985.
Seksyen Residu Pestisid, Jabatan Kimia Malaysia menyediakan perkhidmatan analisis residu racun perosak seperti berikut:
- Penguatkuasaan residu racun perosak dalam pelbagai komoditi pertanian (sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin) di pasaran dan pintu masuk ke Malaysia bagi menentukan pematuhan kepada Peraturan Makanan 1985.
- Pengeksportan ikan dan hasil ikan ke luar negara.
- Kes-kes pemantauan daripada sektor swasta
Analisis penentuan dan pengesahan multi residu racun perosak menggunakan kaedah yang telah diakreditasi menggunakan instrumen berteknologi tinggi seperti Gas Chromatography Tandem Mass Spectrometer (GCMSMS) dan Ultra Performance Liquid Chromatography Tandem Mass Spektrometer (UPLCMSMS).
Semua jenis komoditi pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan,herba, rempah, makanan bijirin serta ikan dan hasil ikan boleh dianalisis.
Prosedur penghantaran sampel adalah berdasarkan kepada Buku Garis Panduan Penghantaran Sampel Jabatan Kimia Malaysia yang boleh diakses melalui laman web Jabatan Kimia Malaysia
Dua (2) sumber rujukan yang digunakan iaitu:
a) Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Makanan Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (No. 3) 2020
- Perkara 41 : Residu Pestisid
- Jadual Keenambelas (Peraturan 41) Residu Racun Perosak
b) CODEX Alimentarius
Orang awam tersebut perlu melaporkan perkara tersebut kepada Pejabat Kesihatan berdekatan. Pegawai daripada Pejabat Kesihatan tersebut akan menyiasat perkara tersebut dan sampel akan diambil oleh pegawai tersebut untuk dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis
Seksyen Residu Pestisid menerima sampel-sampel daripada pihak industri namun bayaran dikenakan melalui Fees Ordinance yang telah ditetapkan.
Boleh. Perakuan Juruanalisis yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Ahli Kimia adalah dokumen rasmi yang boleh digunakan untuk proses perundangan di mahkamah.
Dokumen yang diperlukan ialah Borang A (permintaan Bagi Analisis Sampel Makanan). Ketiadaan dokumen tersebut akan menyebabkan sampel tersebut tidak akan diterima dan didaftarkan. Borang ini digunakan untuk pihak pelanggan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bagi agensi kerajaan selain Kementrian Kesihatan Malaysia dan sektor swasta, memadai surat permintaan melalui syarikat dan ditandatangani oleh Pegawai Berkuasa masing-masing.
Jenis analisis tersebut adalah keputusan pihak penghantar sendiri iaitu Pejabat Kesihatan Negeri/Cawangan.
Jenis analisis tersebut adalah keputusan pihak penghantar sendiri iaitu Pejabat Kesihatan Negeri/Cawangan.
Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai kaitan dengan pelaksanaan sistem FOSIM tersebut dan ianya di bawah tanggungjawab sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jenis analisis boleh dinyatakan dalam Borang A (Permintaan Bagi Analisis Sampel Makanan).
Tidak. Pada masa ini KIMIA hanya terima sampel dari agensi kerajaan sahaja.
Pada masa ini KIMIA tidak mempunyai system pendaftaran online untuk penghantaran sampel.
Tuan boleh melayari laman web Jabatan Standard Malaysia, (https://www.jsm.gov.my/accredited-organisation-directories) di mana mereka ada senarai makmal yang berakreditasi untuk menjalankan analisis dalam pelbagai bidang
Pihak tuan boleh berhubung dengan pihak kami melalui kaunter penerimaan sampel di talian 03-7985 3000 dan disambungkan kepada ahli kimia yang menjalankan analisis ke atas sampel tersebut. Bagi memudahkan urusan ini, dipohon pihak tuan untuk memberikan butiran seperti nombor rujukan sampel, jenis analisis yang dijalankan dan tarikh sampel tersebut diserahkan kepada pihak kami.
Pihak tuan adalah digalakkan untuk merujuk perkara ini pada Prosedur Penghantaran Sampel dan Ekshibit yang boleh dicapai aksesnya pada portal Kimia Malaysia atau membuat imbasan pada QR Code yang telah dilekatkan pada setiap kaunter penerimaan sampel / ekshibit.
Pihak tuan adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan Pengarah Bahagian Kualiti Makanan dan Ketua-Ketua Seksyen bagi mengetahui perkara ini dengan lebih jelas. Direktori pada portal Kimia Malaysia boleh dirujuk bagi memudahkan pihak tuan berhubung dengan pegawai-pegawai berkenaan.
Pihak kami menjalankan pelbagai analisis sampel makanan di mana bagi sampel rutin dan penguatkuasaan piagamnya adalah 30 hari. Manakala bagi sampel Fish Veterinary Office (FVO) adalah 18 hari. Bagi sampel aduan/krisis pula adalah 10 hari. Walaubagaimana pun, ianya masih tertakluk ke atas kepentingan awam yang mana perlu diselesaikan dengan kadar segera.