Laman Web Rasmi
JABATAN KIMIA MALAYSIA

FAQ
FAQ
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklumbalas
Maklumbalas
peta laman
Peta Laman
Search
Close this search box.

SOALAN LAZIM BAHAGIAN ANALISIS HALAL

i) Umum

·      Analisis Asid Deoksiribonukleik (DNA) haiwan dalam produk makanan, kosmetik, farmaseutikal, dan produk pengguna menggunakan teknik pengesanan gen Cytochrome b (Cyt b) pada DNA mitokondria menggunakan teknik Real-Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) serta penjujukan DNA.

·      Penentuan peratus alkohol (ethanol) dalam sampel makanan dan minuman menggunakan teknik Gas Chromatography Flame Ionization Detection (GC-FID).

·      Identifikasi bulu dan kulit khinzir masing-masing dalam produk bulu berus dan dalam produk kulit seperti beg tangan, kasut, jaket, karpet dan produk kulit lain menggunakan teknik analisis kimia dan fizikal melibatkan peralatan seperti Fourier Transform Infrared Spectrophotometry (FTIR), stereomicroscopy dan Scanning Electron Microscopy (SEM).

·      Penentuan spesifikasi bagi tender/ bekalan seperti kasut, botol air, baju uniform/ pakaian seragam, kain pakaian seragam, gayung dan sebagainya

Untuk maklumat lanjut layari https://www.kimia.gov.my/pusat-sehenti-analisis-halal/

Tidak boleh. Sebarang aduan berkaitan produk halal di pasaraya boleh dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pihak KPDNHEP yang akan menghantar sampel ke Jabatan Kimia Malaysia, jika perlu.

Bayaran penuh perlu dibuat semasa penyerahan sampel dengan menggunakan cek  berpalang/ draf bank kepada “Ketua Pengarah Kimia Malaysia”.

Pelbagai minuman dan makanan (terutamanya bahan mentah)

Sampel minuman berbungkus seperti di dalam botol/ tin/ kotak/ bekas hendaklah dihantar terus dalam bentuk bungkusan asal yang belum dibuka.

Minimum sepuluh (10) helai bulu. Jika bulu daripada anggota haiwan yang diperolehi  adalah bulu yang halus atau pendek, sebaik-baiknya lebih sepuluh (10) helai diperlukan.

Minimum satu (1) batang berus bagi setiap jenis berus/ jenama

ii) Analisis Tender/Bekalan

i. Tender/ Bekalan – kasut, botol air, baju uniform/ pakaian seragam, kain pakaian seragam, gayung dan sebagainya.


ii. Pekhidmatan Analisis Halal – Kulit, Bulu dan Alkohol.

 

    i.    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

   ii.    Kementerian Dalam Negeri (KDN)

  iii.    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

 iv.    Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

  v.    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

 vi.    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

vii.    Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

viii.    Jabatan Penjara Malaysia

 ix.    Jabatan Perkhidmatan Veterinar

 

Ya, diterima seperti berikut:

    i.    Tekstil – kes penguatkuasaan

   ii.    Kulit dan bulu – kes pemantauan dan penguatkuasaan

Contoh sampel adalah seperti kasut, botol air, baju uniform/ pakaian seragam, kain pakaian seragam, gayung dan sebagainya yang berkaitan perolehan tender/ bekalan

Minimum 2 pasang baju seragam yang lengkap dimasukkan bersama-sama sebagai satu set di dalam satu plastik

 

    i.    Bagi sampel tender dan bekalan: minimum 2 meter sampel bagi kain

   ii.    Bagi sampel selain tender dan bekalan: contohnya penguatkuasaan Akta Kastam dan Akta Perihal Dagangan, minimum 100 sentimeter (cm) bagi kain

  1. Analisis Kimia Kuantitatif Campuran Binari Serat Selulosa dan Poliester (Komposisi)

   ii.    Pengenalpastian Kualitatif Serat Tekstil Tunggal (Kapas, Viscose, Rayon, Wol, Sutera, Asetat, Nilon, Olefin, Akrilik, Poliester) (Bahan)  iii.    Penentuan Jenis Tenunan untuk Kain Tenunan iv.    Penentuan Lebar  v.    Penentuan Bilangan Benang per Panjang Unit vi.    Penentuan Jisim Per Unit Luas (Grammage)vii.    Penentuan Daya Maksimum dan Pemanjangan pada Kekuatan Maksimum Menggunakan Kaedah Jalur (Tensile)viii.    Penentuan Kekuatan Koyak Lidah – Spesimen Ujian Bentuk (Ujian Koyak Berganda) – (Tearing) ix.    Penentuan Ketahanan Warna Terhadap Air, Perpeluhan, Sabun dan Soda (Washing)   x.    Penentuan Ketahanan Warna Terhadap Gosokan (Rubbing) xi.    Penentuan Ketahanan Warna Terhadap Cahayaxii.    Penentuan Perubahan Dimensi Kain Yang Dipengaruhi oleh Perendaman Air Sejuk (Shrinkage)xiii.    Penentuan Warna dalam Tekstil dengan Spektrofotometer WarnaPenentuan Rintangan Api Tekstil (Ujian Vertikal)

iii) DNA Halal

Gen adalah unit kecil DNA, yang mengandungi arahan bagaimana untuk membuat protein. Kromosom mengandungi banyak gen.

DNA atau deoxyribonucleic acid adalah molekul panjang yang mengandungi kod genetik unik.

Mutasi adalah perubahan kekal kepada DNA. Walaupun sesetengah mutasi menyebabkan penyakit, banyak mutasi lain tidak memberi kesan kepada kesihatan.

DNA mitokondria adalah DNA yang boleh didapati pada mitokondria yang berada di dalam sel. Mitokondria ini berfungsi menukarkan tenaga yang diperolehi daripada makanan ke bentuk ATP untuk digunakan oleh sel.

DNA nuklear adalah DNA yang terdapat di dalam nukleus sel.

Kebanyakan analisis penspesisan haiwan untuk analisis halal menggunakan DNA mitokondria kerana terdapat gen yang spesifik pada kawasan mikondria yang boleh membezakan spesies haiwan secara unik.

Gen-gen seperti Cytochrome b, cytochrome c oxidase subunit I, II and III (COI, COII dan COIII), ATPase6, ATPase8, 12SrRNA dan 16SrRNA.

Teknik makmal yang digunakan untuk mengenal pasti DNA dipanggil Polymerase Chain Reaction (PCR).

PCR adalah teknik yang digunakan di makmal untuk membuat berjuta-juta salinan seksyen tertentu pada DNA.

Pengesanan DNA spesis haiwan boleh dikesan menggunakan PCR, masa nyata PCR (RT-PCR) dan penjujukan.

Laporan boleh dihantar melalui pos, serahan tangan atau emel.

Sampel boleh dihantar sendiri atau melalui pos dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran.

Pelbagai sampel bahan mentah untuk pemprosesan makanan, makanan terproses, produk kosmetik, gelatin, kolagen, produk farmasutikal dan produk pengguna.

Bergantung kepada jenis sampel. Sila layari https://www.kimia.gov.my/pusat-sehenti-analisis-halal/ untuk maklumat lengkap kuantiti sampel yang diperlukan.

RM750 per parameter per sampel menggunakan teknik RT-PCR.

Gelatin adalah bahan yang diperolehi daripada kolagen haiwan seperti ayam, lembu, babi dan ikan. Kolagen ditemui dalam tendon, ligamen, tulang dan tulang rawan haiwan tersebut.

Gelatin babi digunakan dalam pelbagai pengeluaran, termasuk banyak kapsul dan produk makanan sebagai penstabil, pemekat, emulsifier dan pelembut kerana ianya murah dan mudah diperolehi.

Gelatin dari kulit babi yang dihasilkan daripada rawatan alkali dikenali sebagai gelatin jenis B manakala gelatin kulit babi yang dihasilkan daripada rawatan berasid dikenali sebagai gelatin jenis A. Gelatin ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang boleh dimanfaatkan oleh  pengeluar makanan.

Skip to content