Laman Web Rasmi
JABATAN KIMIA MALAYSIA

FAQ
FAQ
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Maklumbalas
Maklumbalas
peta laman
Peta Laman

Pengenalan

Seksyen Analisis Sebatian Organik Surihan telah ditubuhkan pada tahun 2002 di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia , Petaling Jaya. Unit ini menyediakan perkhidmatan analisis dioksin dan furan untuk pengawasan dan penguatkuasaan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Dioksin dan Furan) 2004. Seksyen ini mempunyai peralatan yang canggih dan termaju dalam penyediaan sampel serta boleh menganalisa dioksin dan furan pada kepekatan yang rendah.

Teknologi yang digunakan dalam sekyen ini dapat menjimatkan masa dan lebih mesra alam jika dibandingkan dengan teknik lama. Sejak tahun 2003 Seksyen ini menerima sampel yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar dari insinerator yand terletak di kawasan-kawasan tertentu di seluruh Malaysia. Segala usaha yang dilakukan ini adalah untuk menjaga kepentingan awam serta negara supaya kemakmuran dan kesihatan awam dapat dipelihara.


Tahukah anda dioksin berada di sekeliling kita?

Untuk keterangan lanjut sila klik Dioksin


Pelanggan

Pelanggan bagi tujuan pengawasan dan penguatkuasaan yang berkaitan dengan Seksyen Analisis Sebatian Organik Surihan ialah Jabatan Alam Sekitar (JAS) . Persampelan dibuat pada insinarator yang terletak di kawasan-kawasan tertentu di seluruh Malaysia.


Undang – Undang

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Dioksin&Furan) 2004 dikuatkuasakan mulai 1 Mei 2004 yang bertujuan untuk mengawal dioksin dan furan yang terbebas dari proses insinerator. Had yang ditetapkan adalah tidak boleh melebihi 0.1 ng/Nm3 TEQ.


Jenis – Jenis Sampel

Seksyen ini menerima sampel udara yang terperangkap dari insinarator menggunakan ‘perangkap resin’, pelarut yang diguna untuk membilas bekas persampelan, enapan terkumpul pada penapis dan fieldblank.

Prosedur kerja dalam Seksyen Analisis Sebatian Organik Surihan adalah berpandukan:

  1. EPA Method 23
  2. EPA Method 8290

Analisis Diosin dan Furan di dalam sampel Stack gas

Proses yang terlibat adalah:

  1. Penyediaan perangkap resin
  2. Pengekstrakan sampel
  3. Pembersihan sampel
  4. Gas Chromatography- High Resolution Mass Spectrometry (GC-HRMS).

Bahan Bacaan

Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut mengenai dioksin:

1. Dioksin @ 1996, 1997 by John Campbell

Skip to content