Fungsi Bahagian
Pengenalan
Seksyen Analisis Kualiti Udara memainkan peranan penting dalam menyediakan khidmat analisis kimia dan khidmat nasihat dalam kerja-kerja pemantauan kualiti udara. Jenis-jenis sampel utama yang dianalisa adalah mendapan basah dan mendapan kering mendapan basah dan mendapan kering dan kesemua sampel tersebut diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.
Seksyen Analisis Kualiti Udara juga turut terlibat dalam memberi khidmat analisis sokongan untuk pemantauan kualiti udara antarabangsa.
Mendapan Basah Dan Mendapan Kering
Mendapan basah dan kering merupakan dua proses dalam pemendapan berasid. Pemendapan berasid ini merupakan satu proses yang berlaku apabila bahan-bahan pencemar berasid seperti SO2 dan NO2 dilepaskan ke udara, berubah menjadi asid sulfurik dan nitrik dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai mendapan basah dan mendapan kering.
Antara contoh mendapan basah adalah hujan, salji dan embun; manakala contoh mendapan kering adalah habuk. Antara kesan utama yang boleh dilihat daripada pemendapan berasid adalah jerebu, kepupusan hidupan akuatik, flora dan fauna, hakisan pada bangunan dan tugu serta kesan kepada kesihatan.
Khidmat Analisis Kimia
Jenis sampel Parameter-parameter utama :
- Mendapan Basah – pH, Konduktiviti, Anion (Cl, NO3, SO4), Asid Organik (Format, Asetat,Oksalat) Kation (Na, NH4, K, Mg, Ca)Logam surihan (Hg, Cu, Fe,Mn,Ni,Pb, Zn, Cd)
- Mendapan Kering
- Habuk Berat habuk, Logam (Pb, Zn, Mn, Cu, Fe, Ni, Mg, Ca, Hg)
- Filterpack Partikel (Cl, NO3, SO4, Na, NH4, K, Mg, Ca) Gas (HCl, HNO3, SO2, NH3)
- Passive Sampler Gas (SO2, NO2, NH3, HNO3, Oksalat)
Khidmat Analisis Sokongan Untuk Pemantauan Kualiti Udara Antarabangsa
- Kursus di Jepun & Thailand
- Mesyuarat bersama pelanggan dan pakar-pakar dari luar negara