Pengenalan

Seksyen Analisis Air Alam Sekitar menjalankan perkhidmatan analisis yang komprehensif terhadap air permukaan, air tanah, kumbahan dan effluent cecair bagi program-program pengawasan, penguatkuasaan akta/ peraturan, perkhidmatan penyiasatan dan nasihat kepada agensi kerajaan berhubung isu-isu pencemaran.


Peraturan-peraturan

  1. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977.

  2. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Getah Asli Mentah), 1978.

  3. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian), 1979.

  4. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling),1987.

  5. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1994.


Khidmat Analisis

Parameter – parameter rutin :

  • TOC, BOD, COD
  • Ca, Mg, Na, K, Keliatan, Klorida, Sulfat, Fosfat
  • Ammoniakal Nitrogen, Total Kjedahl Nitrogen
  • Pepejal : Jumlah pepejal, Pepejal terampai, Pepejal terlarut
  • Logam Surihan
  • Sisa baki makhluk perosak
  • Ujian fisikal (pH, konduktiviti, warna & kekeruhan)
  • Silika, VOC, Fenol
  • Sulfida
  • Sianida
  • Kromium heksavalensi