Profil
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari laman web rasmi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).
Laman web ini merupakan platform utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan maklumat berkenaan KIMIA Malaysia dan turut memaparkan pelbagai aktiviti jabatan ini. Melalui laman web ini juga, jaringan komunikasi antara KIMIA Malaysia dan orang awam akan bersifat lebih interaktif dan efektif.
Kami di KIMIA Malaysia komited sebagai peneraju penyelesaian saintifik dalam negara dan makmal bertaraf antarabangsa untuk ”memberi perkhidmatan saintifik yang tepat, cekap dan berkesan pada tahap kompetensi, profesionalisme, kerahsiaan, berkecuali dan integriti yang paling tinggi serta melaksanakan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti yang berterusan”. Telah bertapak sejak tahun 1909, KIMIA Malaysia terus bergerak maju seiring peredaran teknologi yang dinamik untuk terus kekal relevan.
Saya berharap warga KIMIA Malaysia dan pihak yang berkepentingan serta masyarakat umum dapat memperoleh manfaat daripada laman web ini. Saya amat mengalu-alukan maklumbalas berkaitan perkhidmatan KIMIA Malaysia dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan kami, sila hubungi projkm@kimia.gov.my.
Terima kasih dan selamat melayari laman web KIMIA Malaysia.
”Malaysia Madani”
“Kami Sebahagian Daripada Hidup Anda”
Terima kasih.
Halimah binti Abdul Rahim
Ketua Pengarah
Jabatan Kimia Malaysia