Skip to content

Laman Web Rasmi JABATAN KIMIA MALAYSIA

FAQ
Soalan Lazim
Hubungi
Hubungi Kami
maklumbalas
Aduan & Maklumbalas
petalaman
Peta Laman
image

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Jabatan Kimia Malaysia.

 

Kami di KIMIA Malaysia komited untuk memberikan perkhidmatan saintifik yang komprehensif, tepat, berkesan, cepat dan berkualiti pada tahap profesionalisme, konfidentialiti serta integriti yang tinggi.

 

Memandangkan pada ketika ini kita berada di dalam dunia tanpa sempadan, internet serta media sosial merupakan medium pantas dan terbaik bagi penyaluran maklumat. Sehubungan  itu, saya berharap laman web ini dapat menjadi platform utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan KIMIA Malaysia selain turut memaparkan pelbagai aktiviti jabatan ini. Melalui laman web ini juga, jaringan komunikasi antara KIMIA Malaysia dan orang awam akan lebih bersifat interaktif dan efektif.

 

Saya berharap warga KIMIA Malaysia serta masyarakat umum beroleh manfaat daripada laman web ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan kami, sila hubungi kami. Kami berusaha memperbaiki prestasi kami melalui interaksi dengan anda.

 

Terima kasih dan selamat melayari laman web KIMIA Malaysia. “Kami Sebahagian Daripada Hidup Anda”. Terima kasih.

YBHG. DATO' HAJI MOHAMED ZAINI BIN ABDUL RAHMAN, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia
Skip to content