Bengkel ISO 17034:General Requirements for the Competence of Reference Material Producers Sesi ini telah dikendalikan oleh YBrs. ChM Dr. Siti Nur Nazathul Shima Hashim, Pengarah Bahagian Metrologi Kimia, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang berkongsi kepakaran beliau dalam keperluan utama piawaian iaitu dari aspek organisasi, teknikal, kawalan kualiti serta perancangan pengeluaran bahan rujukan. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
The Activity of Quality Management and Research Centre of the Department of Chemistry Malaysia, MOSTI Sesi ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu, malah berperanan sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, khususnya dalam pemantapan sistem kualiti. KIMIA Malaysia komited untuk terus meneroka peluang kolaborasi global bagi mempertingkatkan standard kualiti perkhidmatan dan memastikan ia kekal relevan selari dengan perkembangan semasa. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Mesyuarat ‘Technical Working Group’ (TWG) Bidang Kepakaran Makanan MS ISO/IEC 17025:2017 Bil. 1/2025 Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Dr. Vanitha a/p Kunalan, Pengarah Bahagian Kualiti Makanan yang bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu teknikal berkaitan analisis makanan. By yazid yahya, 1 tahunApril 9, 2025 ago
Tahniah YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) atas penganugerahan watikah pelantikan sebagai Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Watikah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dalam Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam ke-73 Tahun 2025 yang berlangsung di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Sg. Merab, Kajang, Selangor. By yazid yahya, 1 tahunApril 9, 2025 ago
Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Haji Zepri bin Saad, Pengarah ICU Negeri Kedah Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Projek Kampung Angkat Madani yang akan dijalankan di Negeri Kedah, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti melalui penglibatan strategik bersama agensi kerajaan. By yazid yahya, 1 tahunApril 9, 2025 ago
Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil serta Majlis Berbuka puasa warga kerja Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Majlis ini telah mendapat penyertaan seramai 160 orang yang telah dihadiri oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Aziz, Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Bahagian serta warga kerja KIMIA Malaysia bersama ahli keluarga. By yazid yahya, 1 tahunApril 9, 2025 ago
APEC Forum on Air Quality Monitoring for Environmental Governance Forum ini bertujuan untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang pemantauan kualiti udara, pembangunan sensor IoT serta menggalakkan kerjasama serantau dan penyelesaian teknologi inovatif bagi memperkukuh tadbir urus kualiti udara. Negara-negara seperti Chinese Taipei, Filipina, Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Jepun masing-masing telah membentangkan pengalaman serta inisiatif pengurusan kualiti udara berasaskan IoT negara masing-masing. By yazid yahya, 1 tahunApril 9, 2025 ago
Mesyuarat Kerja Teknikal dan Lawatan Ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Rohani binti Ismail, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Bahagian Penyakit dan delegasi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah diketuai oleh ChM Puan Hajah Zaraiha binti Awang, Pengarah Kanan Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam. Turut hadir bersama adalah ChM Puan Nor Azian binti Abu Samah, Pengarah Bahagian Keselamatan Kimia, Encik Som Chai a/l Choi Pengarah Bahagian Penjenisan Produk, ChM Encik Muhamad Shafudin bin Saad, ChM Puan Wan Zalina binti Wan Faizal, ChM Puan Noor Azimah binti Sulaiman dan ChM Puan Wan Shahida binti Wan Ali. By yazid yahya, 1 tahunApril 9, 2025 ago
Ceramah bertajuk 10 Malam Terakhir Ramadan & Lailatulqadar pada 17 Mac 2025 Ceramah ini disampaikan oleh penceramah undangan YBrs. Ustaz Che Amran bin Md Yusof. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Timbalan Ketua Pengarah Dasar KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Tuan Haji Khairul Anuar bin Abdul Aziz dan Pengerusi PEMURNI KIMIA Malaysia, YBrs. ChM Dr. Haji Nazarudin bin Ibrahim @ Mohamed. By yazid yahya, 1 tahunMac 19, 2025 ago
Lawatan daripada tiga orang kadet PTD yang ditempatkan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama empat orang pegawai MOSTI Taklimat jabatan telah disampaikan oleh ChM Michelle Teh Phaik Kim sebelum lawatan diteruskan ke semua bahagian yang terdapat di KIMIA Malaysia bagi meningkatkan lagi pemahaman berkaitan fungsi, perkhidmatan dan analisis yang dijalankan di KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunMac 19, 2025 ago