Majlis Penutupan Kursus Protokol dan Etiket (Zon Borneo) pada 26 April 2025 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Negeri Sarawak, Kuching Turut hadi dalam majlis ini adalah ChM Puan Hajah Wan Rahimah binti Wan Ahmad, Pengarah Pusat Latihan Kimia Malaysia dan ChM Encik Biling Peter Raig, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak (KIMIA Sarawak). By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Mesyuarat Pemurnian Kerangka Holistik Makmal Analisis Makanan Negara anjuran Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mesyuarat ini diadakan bagi menambahbaik dan memperhalusi teras dan strategi di bawahnya selari dengan cadangan Mesyuarat MKMPK ke-17 sebelum diangkat untuk kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENGGANTIAN 2 UNIT SISTEM LIF DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI JABATAN KIMIA MALAYSIA NEGERI PERAK Penyerahan projek disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohamad Nizam bin Ibrahim, Ketua Jurutera Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak kepada YBrs. ChM Encik Ramlee bin Ibrahim, Pengarah KIMIA Perak. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Majlis Pentauliahan Kompetensi Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam bidang analisis kimia telah berlangsung pada 18 April 2025 Majlis ini telah disempurnakan oleh ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Norlela binti Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri serta ChM Puan Hajah Zaraiha binti Awang, Pengarah Kanan Pusat INDUSTRI. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Mesyuarat 44th Session of the Codex Committee on Methods of Analysis and Sampling (CCMAS44) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh ChM Haji Shafek Hamlan bin Abdul Hamid, Pengarah Kanan Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar (SEKITARAN) Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) selaku Ketua Delegasi Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunMei 5, 2025 ago
Majlis Amanat Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad pada hari ini dan telah berlangsung dengan jayanya di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Pada Majlis tersebut Pasukan Tindakan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) KIMIA Malaysia mempertontonkan gimik berdasarkan situasi sekiranya terdapat bahan kimia merbahaya yang di bawa dengan menggunakan alat pengesan lapangan yang dikenali sebagai AP4C dan CHEMPRO X . Pasukan CBRNe merupakan pasukan yang boleh bertindakbalas terhadap kejadian yang melibatkan insiden atau bencana kimia. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat MADANI peringkat Daerah Kota Setar telah diadakan pada 13 April 2025 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Pegawai Daerah Kota Setar dan turut disertai oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun bin Khalid, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah), Puan Siti Aishah binti Che Ani, Timbalan Pengarah KIMIA Kedah dan Encik Mat Hadzir bin Ab Razak, Ketua Bahagian Pentadbiran KIMIA Kedah. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Kursus Method Validation and Verification for Analytical Testing Siri 1 Tahun 2025 Kursus anjuran Bahagian Penyelidikan dan Kalibrasi, Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan ini telah dihadiri oleh 45 peserta yang terdiri daripada Pengawai Sains dan Penolong Pegawai Sains dari Ibu Pejabat KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Mesyuarat The ASEAN Food Testing Laboratory Committee (AFTLC) ke-26 telah diadakan secara dalam talian pada 10 hingga 11 April 2025 bersama wakil dari negara ASEAN seperti Brunei, Cambodia, Filipina, Indonesia, Lao PDR, Singapura, Thailand dan Vietnam Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Laila Rabaah Ahmad Suhaimi, Timbalan Pengarah Cawangan Makmal Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Delegasi dari Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) diwakili oleh YBrs. Dr. Uma Priya a/p Kupusamy dan ChM Puan Azian Murni. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago
Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2026 anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bengkel ini menghimpunkan pegawai-pegawai dari seluruh PTJ KIMIA Malaysia bagi menyelaras, membincang dan mengemukakan unjuran keperluan belanjawan bagi tahun mendatang. By yazid yahya, 1 tahunApril 16, 2025 ago