Program ‘Young Ambassador of Chemistry’ (YAC) yang sedang berlangsung dengan jayanya di Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Program YAC ini menggunakan pendekatan ‘Train the Trainers (TOT)’ yang menggabungkan tenaga pengajar dan pelajar dalam satu platform bersepadu bagi menyokong pemindahan ilmu secara holistik dan berkesan. Sejak dilancarkan, YAC telah dilaksanakan di 17 buah negara merentasi Asia, Afrika, Amerika dan Eropah. By yazid yahya, 1 tahunJulai 24, 2025 ago
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Putrajaya melalui Bahagian Perkhidmatan Teknik telah menganjurkan satu Mesyuarat Kerja Antara JKDM dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) untuk Tahun 2025 Seramai 8 orang pegawai dari Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam, KIMIA Malaysia dan dua orang pegawai masing-masing dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang (KIMIA Pulau Pinang) dan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor) turut hadir dalam mesyuarat tersebut. By yazid yahya, 1 tahunJulai 24, 2025 ago
Kumpulan Voltaggio Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu (KIMIA Terenganu) telah menyertai Sesi Ujibakat Innovathon Musim ke-3 Tahun 2025 bertempat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PMSZA) Pertandingan ini adalah inisiatif bersama Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro. Kumpulan Voltaggio telah melayakkan diri ke Peringkat Ketiga dimana hanya 56 pasukan sahaja yang akan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dari seluruh Malaysia. Keputusan akhir hanya diketahui pada penghujung Ogos 2025. By yazid yahya, 1 tahunJulai 24, 2025 ago
The 9th Edition of Malaysia international Scientific Instruments and Laboratory Equipment Exhibition and Conference Perasmian LabAsia 2025 telah diadakan pada 14 Julai 2025 dan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Soon Ting Kueh, Pengerusi Institut Kimia Malaysia (IKM), YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj. Mohd Nasir Mohd Ashraf, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Informa Markets Malaysia Sdn Bhd, Mr. Gerard Leeuwenburgh, Pengurus Besar Malaysia, Informa Markets Malaysia Sdn Bhd dan Cik Geonice Chong, Timbalan Pengurus Acara, Informa Markets Malaysia Sdn Bhd. By yazid yahya, 1 tahunJulai 24, 2025 ago
Program Kampung Angkat MADANI Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Karnival Komuniti MADANI MYSA yang telah bertempat di SMK Sungai Besar, Sungai Besar, Selangor Karnival Komuniti MADANI MYSA ini memfokuskan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Penganjuran karnival ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Kampung Angkat MADANI MYSA yang bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada masyarakat setempat mengenai kepentingan serta peluang dalam bidang STEM. By yazid yahya, 1 tahunJulai 24, 2025 ago
Program Menembak AADK Bersama Rakan Strategik dan Rakan Media Sempena Sambutan Hari Antidadah 2025 Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran rakan strategik dan rakan media agar terus bersama-sama AADK mengukuhkan komitmen dan tanggungjawab untuk memerangi ancaman dadah yang juga merupakan isu kesihatan dan keselamatan negara. By yazid yahya, 1 tahunJulai 24, 2025 ago
Satu mesyuarat kerjasama berkaitan penganjuran Ujian Kemahiran (Proficiency Testing, PT) antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Korea Testing & Research Institute (KTR) Turut hadir secara dalam talian adalah YBrs. ChM Dr. Siti Nur Nazathul Shima Hashim, Pengarah Bahagian Metrologi Kimia, YBrs. Dr. Padillah Yahya, Pengarah Bahagian Analisis Halal, Puan Maryani Balemin, Ketua Seksyen Ujian Kemahiran dan ahli pasukan kerja di Bahagian masing-masing. By yazid yahya, 1 tahunJulai 22, 2025 ago
Bengkel Semakan Dokumen Kualiti MS ISO/IEC 17025:2017 telah diadakan di Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan Bengkel ini telah disertai oleh 26 orang pegawai yang terdiri daripada Pengurus Kualiti, Timbalan Pengurus Kualiti, Pengurus Teknikal serta urus setia dari Ibu Pejabat KIMIA Malaysia, negeri dan cawangan. By yazid yahya, 1 tahunJulai 22, 2025 ago
Satu sesi libat urus antara Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan Paynet Network Malaysia Sdn Bhd Sesi yang dipengerusikan oleh ChM Tuan Haji Muhammad Yazid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KIMIA Malaysia ini dengan Payment Networks Malaysia Sdn Bhd diwakili oleh Encik Nazry Budiman Mohd Nordin, Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan adalah bagi membincangkan pelaksanaan Kempen Cashless Boleh 5.0. By yazid yahya, 1 tahunJulai 22, 2025 ago
Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang berkolaborasi dengan Karnival Pendidikan : STEM, PSS dan UBK SMK Puteri, Seremban, Bahagian Keselamatan Kimia (BKK), Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Program ini bertujuan untuk menjadikan tabiat membaca sebagai satu budaya untuk meningkatkan pengetahuan dan bermaklumat serta mempromosi Pusat Sumber Sekolah. By yazid yahya, 1 tahunJulai 21, 2025 ago