Hari Inovasi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) 2024 Hari Inovasi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) 2024 telah diadakan dengan meriah di Ibu Pejabat KIMIA Malaysia pada 17 Oktober 2024 dan telah dirasmikan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 2 tahunNovember 8, 2024 ago
Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Ghazali bin Khalid dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) yang mewakili Pasukan Tindakan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Ghazali bin Khalid dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) yang mewakili Pasukan Tindakan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan pasukan Malaysia kerana telah berjaya merangkul kedudukan naib juara daripada 24 pasukan yang bertanding di NCT PRO CBRNE Challenge 2024 yang telah berlangaung dari 15 hingga 18 Oktober 2024 di Hua Hin, Thailand. Wakil pasukan CBRNE Malaysia terdiri daripada wakil KIMIA Malaysia, PDRM, ATM, TLDM dan TUDM. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Satu program TNT dan Capacity Building anjuran EANET (Acid Deposition Monitoring Network in East Asia) telah berlangsung dari 30 September hingga 19 Oktober 2024 Satu program TNT dan Capacity Building anjuran EANET (Acid Deposition Monitoring Network in East Asia) telah berlangsung dari 30 September hingga 19 Oktober 2024. Program ini telah dihadiri oleh seorang pegawai sains dari Seksyen Kualiti Udara, Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Cik Wan Norfatihah binti Wan Omar Bakri, bersama tiga lagi wakil dari negara Indonesia, Vietnam dan China. Latihan selama tiga minggu ini dikendalikan oleh Asia Center for Air Pollution Research (ACAP) di Niigata, Jepun dan National Institute of Environmental Research (NIER) di Korea Selatan. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Pasukan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menyertai latihan simulasi bersepadu Pasukan CBRNe Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menyertai latihan simulasi bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengawal dan menghadapi bencana senjata kimia bersempena TOPCOM 2024 12th International Emergency and Medicine Conference bertempat di MAHSA University, Bandar Saujana Putra. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Majlis Penutupan Bengkel Pemurnian Prosedur Operasi Standard (SOP) Teknik Pensampelan dan Pengesanan Kes – Kes Bencana Bahan Kimia dan CBRNe Majlis Penutupan Bengkel Pemurnian Prosedur Operasi Standard (SOP) Teknik Pensampelan dan Pengesanan Kes – Kes Bencana Bahan Kimia dan CBRNe telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Satu Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Mikrobiologi Bilangan 1/24 telah diadakan pada 15 Oktober 2024 Satu Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Mikrobiologi Bilangan 1/24 telah diadakan pada 15 Oktober 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 3, Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Petaling Jaya, Selangor. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Pameran di Persidangan Pengurusan Bencana Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2024 Tiga pegawai dari Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam telah mengadakan pameran di Persidangan Pengurusan Bencana Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2024 bertempat di Corus Hotel, Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
KIMIA MALAYSIA & BERNAS UMUM KERJASAMA STRATEGIK TINGKAT PIAWAIAN KUALITI BERAS Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS) telah memeterai satu nota kerjasama dua hala bagi melaksanakan ujian perbandingan antara makmal (interlaboratory comparisons, ILC) dan ujian kemahiran untuk aktiviti penggredan beras. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Kursus Pemantapan dan Pengharmonian Kaedah Ujian Air Tahun 2024 Kursus Pemantapan dan Pengharmonian Kaedah Ujian Air Tahun 2024 anjuran Bahagian Kualiti Air, Pusat SEKITARAN Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah diadakan pada 7 hingga 10 Oktober 2024 bertempat di Ibu Pejabat, KIMIA Malaysia yang melibatkan seramai 28 orang pegawai dari makmal KIMIA Malaysia Ibu Pejabat, Negeri dan Cawangan. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago
Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Forensik Ibu Pejabat serta Negeri dan Cawangan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bil. 2 tahun 2024 Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Forensik Ibu Pejabat serta Negeri dan Cawangan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) Bil. 2 tahun 2024 dan Bengkel Pemurnian Projek RMKe-13 telah berlangsung pada 8 hingga 10 Oktober 2024 bertempat di Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan dan telah dirasmikan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. By yazid yahya, 2 tahunNovember 7, 2024 ago