Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam (PAITK), Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) telah menerima kunjungan hormat seramai 9 orang dari Moreth Sdn. Bhd.
Sesi lawatan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Dr. Haji Nazarudin bin Mohamed@Ibrahim, Pengarah Kanan PAITK dan turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Analisis Halal, YBrs. Dr. Hajah Padillah binti Yahya serta warga kerja Bahagian Analisis Halal (BAH).









