Timbalan Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah (KIMIA Sabah), ChM Tuan Haji Appri bin Beyan telah menyambut ketibaan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 9 Mei 2025. YB Menteri turut diiringi oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau iaitu YBrs. Dr. Sarune Beh dan Setiausaha Politik beliau, YB Tuan Ooi Tze Min. Categories: News Tags: News