info blue green red info back decreasefont increasefont back
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Bahagian Narkotik

Fungsi dan Peranan Bahagian Narkotik

Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) seksyen iaitu Dadah Opiate, Dadah Sintetik dan Dadah Berasaskan Tumbuhan.

a) Seksyen Dadah Opiate

    • Analisis kes pengedaran dan pemilikan dadah melibatkan heroin, MAM, opium dan sebagainya.
    • Menyiasat makmal dadah haram.

b) Seksyen Dadah Sintetik

    • Analisis dadah sintetik seperti Estacy dan Methamphetamine (Syabu)
    • Menyiasat kilang dadah sintetik haram
    • Membangunkan kaedah menganalisis dadah yang baru

c) Seksyen Dadah Berasaskan Tumbuhan

    • Analisis canabis dan tumbuhan yang lain.

Fungsi Bahagian Narkotik

a) Menganalisis dan memeriksa:

  • dadah yang tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952
  • bahan kimia yang mungkin digunakan dalam pembuatan dadah haram
  • paraphernalia atau peralatan yang digunakan dalam pengambilan atau pembuatan dadah
  • barangan persendirian termasuk pakaian, ‘swab’, kuku dan sebarang kertas yang terdapat di tempat kejadian

b) Menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki memproses dadah haram.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Pengarah Bahagian Narkotik
Pusat Analisis Sains Forrensik
Jabatan Kimia Malaysia,
Jalan Sultan,
46661 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 6 03 – 7985 3831
Faks: 6 03 – 7958 1173

Kemaskini: Ogos 5, 2019 pada 10:17 am