info blue green red info back decreasefont increasefont back
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

JKMC Kedah di Karnival STEM Kali Ke-4

9 April 2019 : Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah sekali lagi turun padang bagi mempromosikan sains dan teknologi amnya dan fungsi Jabatan Kimia Malaysia khasnya selaras dengan program yang dicetuskan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu ESTECC Education in School 2019.

Program yang berobjektifkan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) di kalangan pelajar sekolah ini telah berlangsung di SMK Agama Kedah, Alor Setar, bersempena dengan Karnival STEM Kali ke-4 yang diadakan. Kimia Kedah telah menyajikan pameran interaktif dan juga ceramah prospek kerjaya dalam bidang sains terutamanya bidang Kimia di Jabatan Kimia Malaysia kepada lebih 800 pengunjung yang terdiri dari pelajar dan guru sekolah tersebut.

Kemaskini: April 10, 2019 pada 11:57 am

Tags: