info blue green red info back decreasefont increasefont back
Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Majlis Sanjungan Budi, Kilauan Bakti sempena persaraan Ketua Pengarah Kimia Malaysia

14 Disember 2018 : Pada tarikh tersebut, telah berlangsung Majlis Sanjungan Budi, Kilauan Bakti sempena persaraan YBrs. Puan Hajah Rosnah binti Awang, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai penjawat awam selepas 37 tahun berbakti dan tarikh ini merupakan hari persaraan wajib daripada perkhidmatan awam bagi YBrs. Puan Hajah Rosnah binti Awang di Jabatan Kimia Malaysia. Pada majlis tersebut, pelbagai aturcara telah dilaksanakan bagi meraikan Puan Ketua Pengarah, antaranya ialah gimik, sesi pemotongan pulut kuning, penyampaian cenderahati, penyampaian sumbangan, tayangan video, persembahan koir dan persembahan muzik.

Pada hari tersebut juga telah diadakan sesi lawatan terakhir oleh beliau ke setiap Pusat / Bahagian di Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia serta sesi clock out beliau pada pukul 5 petang. Seluruh warga Jabatan Kimia Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Puan atas sumbangan, jasa, khidmat bakti serta komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di KIMIA Malaysia.

 

 

Kemaskini: Disember 17, 2018 pada 1:16 am

Tags: