raya

Majlis Amanat Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad pada hari ini dan telah berlangsung dengan jayanya di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia)

Pada Majlis tersebut Pasukan Tindakan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) KIMIA Malaysia mempertontonkan gimik berdasarkan situasi sekiranya terdapat bahan kimia merbahaya yang di bawa dengan menggunakan alat pengesan lapangan yang dikenali sebagai AP4C dan CHEMPRO X . Pasukan CBRNe merupakan pasukan yang boleh bertindakbalas terhadap kejadian yang melibatkan Read more…

setar

Satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat MADANI peringkat Daerah Kota Setar telah diadakan pada 13 April 2025 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Pegawai Daerah Kota Setar dan turut disertai oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun bin Khalid, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah), Puan Siti Read more…

aftlc

Mesyuarat The ASEAN Food Testing Laboratory Committee (AFTLC) ke-26 telah diadakan secara dalam talian pada 10 hingga 11 April 2025 bersama wakil dari negara ASEAN seperti Brunei, Cambodia, Filipina, Indonesia, Lao PDR, Singapura, Thailand dan Vietnam

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Laila Rabaah Ahmad Suhaimi, Timbalan Pengarah Cawangan Makmal Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Delegasi dari Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) diwakili oleh YBrs. Dr. Uma Priya a/p Kupusamy dan ChM Puan Azian Murni.

quality

The Activity of Quality Management and Research Centre of the Department of Chemistry Malaysia, MOSTI

Sesi ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu, malah berperanan sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, khususnya dalam pemantapan sistem kualiti. KIMIA Malaysia komited untuk terus meneroka peluang kolaborasi global bagi mempertingkatkan standard kualiti perkhidmatan dan memastikan ia kekal relevan selari dengan perkembangan semasa.

apm

Tahniah YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) atas penganugerahan watikah pelantikan sebagai Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Watikah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dalam Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam ke-73 Tahun 2025 yang berlangsung di Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Sg. Merab, Kajang, Selangor.

Skip to content