Skip to content

Laman Web Rasmi JABATAN KIMIA MALAYSIA

FAQ
Soalan Lazim
Hubungi
Hubungi Kami
maklumbalas
Aduan & Maklumbalas
petalaman
Peta Laman
Laman Utama » LUAS ambil langkah pastikan bekalan air selamat digunakan

LUAS ambil langkah pastikan bekalan air selamat digunakan

Analisis LUAS

Astro Awani
Oktober 21, 2020 12:50 MYT

LUAS ambil langkah pastikan bekalan air selamat digunakan
Pihak LUAS sebelum ini telah mengambil lapan sampel air sungai dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Foto: Facebook LUAS

KUALA LUMPUR: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksanakan beberapa langkah bagi merawat Sungai Selangor bagi memastikan bekalan air selamat digunakan semula di rumah dan premis perniagaan.Langkah berkenaan ialah meningkatkan faktor pencairan dengan mengaktifkan operasi pengepaman air kolam (OPAK) Bestari Jaya sehingga 336 juta liter/hari (JLH).Selain itu, LUAS melakukan flushing bagi mempercepatkan aliran ke hilir sungai.Proses itu melibatkan pelepasan air empangan sungai tinggi dan Sungai Selangor sehingga 1200 JLH dan menaikkan 1 river gate di Baraj Bestari Jaya.

LUAS turut melakukan proses nyahbau di kolam tebatan banjir JPS Sungai Gong iaitu melibatkan 9 beg Activated Carbon (AC) bagi inlet kolam dan 2 beg AC bagi outlet kolam.

Sebelum ini, loji pembersihan air (LPA) Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 telah dihenti tugas 19 Oktober 2020 disebabkan oleh pencemaran bau solvent yang dikesan di Sungai Selangor, sekali gus menjejaskan bekalan air di 1,292 kawasan.

Skip to content