Capaian Aplikasi



VISI

Sebuah Organisasi dinamik bertaraf dunia yang menerajui dalam penyelesaian saintifik.

MISI

KIMIA MALAYSIA adalah komited kepada kecemerlangan melalui :-

  • Perkhidmatan saintifik yang bersepadu dan sinergistik bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan awam negara.
  • Penggunaan sains inovatif dalam bidang-bidang yang strategik dan sedang muncul bagi mempertingkatkan daya saing negara.

PRINSIP

Nilai - nilai yang berikut perlu dijadikan sebagai prinsip bagi memandu KIMIA MALAYSIA dalam menggariskan aktiviti dan operasinya untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

  • Integriti profesional;
  • Kecemerlangan dan objektiviti saintifik
  • Komitmen terhadap kualiti; dan
  • Prihatin terhadap kepuasan pelanggan

DASAR KAULITI

Untuk menyediakan perkhidmatan saintifik yang tepat, cekap dan berkesan pada tahap profesionalisme, kerahsiaan dan integriti yang paling tinggi dan melaksanakan penambahbaikan sistem kualiti yang berterusan.

NILAI - NILAI UTAMA

  • Profesionalisme
  • Integriti
  • Kualiti
  • Inovatif
  • Dedikasi
  • Akuantabiliti
  • Produktiviti
  • Komunikasi berkesan

MATLAMAT

  • Mengukuhkan keupayaan dengan mempertingkatkan kemudahan analisis;
  • Membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan, mahir dan bermotivasi;
  • Mengekalkan peranan yang relevan dengan memberi nilai kepada pelanggan;
  • Membangunkan dan memelihara kecemerlangan saintifik melalui penyelidikan dan pembangunan;
  • Menambah rangkaian pelanggan dan skop perkhidmatan ; dan
  • Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa dalam bidang analisis utama.

STRATEGI

KIMIA MALAYSIA menyokong misinya bagi mencapai matlamat yang diidamkan melalui pelaksanaan polisi dan tindakan yang sesuai dalam bidang - bidang strategik utama, seperti berikut :

  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pembangunan Organisasi
  • Pemasaran
  • Pembangunan Urusan; dan
  • Penyelidikan dan Pembangunan

 

 
Penafian :
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa
kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari
laman web ini .
Hakcipta 2007 © Bahagian Pembangunan Maklumat Dan Teknologi, Jabatan Kimia Malaysia
Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.