info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kata Aluan Ketua Pengarah

 

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).

Laman web ini merupakan sarana bagi menyalurkan informasi berkaitan fungsi KIMIA Malaysia dan khidmat saintifik yang ditawarkan. Laman web ini turut berfungsi  sebagai medium untuk mencipta jaringan komunikasi berkesan antara KIMIA Malaysia dan orang awam. 

Menyedari cabaran yang semakin kompleks pada hari ini, KIMIA Malaysia sentiasa komited dalam menambahbaik dan meningkatkan tahap keupayaan analisis saintifik jabatan ke satu  tahap yang diiktiraf secara global.  Justeru, pelbagai usaha terus dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah komprehensif, tepat, berkesan, cepat dan berkualiti pada tahap profesionalisme, konfidentialiti serta integriti yang tinggi.  

Akhir kata, besar harapan saya agar maklumat yang disalurkan melalui laman web ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sebarang pandangan dan maklumbalas amat kami alukan bagi memantapkan KIMIA Malaysia.

 

Terima kasih dan selamat melayari laman web rasmi KIMIA Malaysia.

 

“Kami Adalah Sebahagian Daripada Hidup Anda”

 

 

 

Terima kasih.

Kemaskini: Februari 18, 2019 pada 3:41 pm