info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Soalan Lazim

Perkhidmatan & Jaminan Kualiti

Forensik

Seksyen Pengurusan Inovasi dan Kualiti

1. Bagaimana untuk melayari laman web Pengurusan Sistem Kualiti Jabatan?

Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan. Perlu diingat, adalah penting untuk mengingati kata laluan yang diberi/dipilih untuk membolehkan anda terus melayari laman web ini (untuk kakitangan sahaja).


2. Adakah latihan/ seminar dan bengkel yang dijalankan melibatkan peserta luar Jabatan? Jika ya, berapakah bayarannya?

Ya. Latihan/ seminar dan bengkel yang dijalankan melibatkan peserta dari dalam dan luar Jabatan, jika berkenaan. Untuk bayaran, modul dan sebagainya, sila hubungi pihak kami.


3. Bagaimana audit dalaman dijalankan dan siapakah para penilainya?

Audit dalaman dijalankan setahun sekali di seluruh Jabatan mengikut standard ISO 9001:2000 dan ISO/IEC 17025. Untuk makmal Forensik, standard ASCLD dirujuk dan para penilai adalah dari kalangan pegawai-pegawai Jabatan yang berkelayakan dan dilantik.

4. Sila terangkan mengenai kajian kepuasan pelanggan.

Kajian kepuasan pelanggan adalah satu komponen dalam sistem penilaian yang mengukur kepuasan pelanggan secara keseluruhan ke atas perkhidmatan yang ditawarkan. Kepuasan pelanggan diukur dalam 6 perkara iaitu layanan telefon dan kaunter, tempoh siap laporan, kualiti laporan, faedah laporan dan kepakaran Pegawai.

5. Bagaimana menghubungi pihak anda?

Anda boleh menghubungi kami melalui pelbagai cara. Sila rujuk menu hubungi kami. Pihak kami sentiasa ada untuk menjawab sebarang pertanyaan dan membantu anda.

Hubungi:
Ketua Seksyen
Pengurusan Inovasi dan Kualiti
Tel: +603-79853068 Fax:+603-79853885

Narkotik

1. Apa itu dadah narkotik?

Mengikut istilah perubatan, narkotik adalah sebarang dadah yang boleh menyebabkan mengantuk atau mabuk serta boleh bertindak sebagai penahan sakit. Mengikut undang –undang, istilah ini merangkumi semua dadah yang tersenarai dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

2. Apa itu bahan psikotropik?

Bahan psikotropik adalah sebarang dadah semulajadi atau sintetik atau sebarang bahan yang boleh mempengaruhi minda dan proses mental.

3. Apa itu “designer drugs” ?

“Designer drugs” adalah bahan yang mempunyai komposisi kimia yang sama tetapi berbeza sedikit dari bahan terkawal. Ia dicipta di makmal haram dengan tujuan menghasilkan bahan yang mempunyai kesan merangsang yang serupa dengan dadah terkawal dan pada masa yang sama dapat mengelakkan diri daripada hukuman yang berkaitan dengan pengedaran dadah terkawal.

4. Apakah jenis dadah yang dihantar untuk dianalisis di Seksyen Narkotik ?

Dadah yang dianalisis merangkumi semua dadah dan racun yang tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

5. Apakah hukuman untuk pengedaran dan pemilikan dadah di Malaysia ?

Mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, sesiapa yang ditangkap kerana memiliki jumlah dadah berbahaya seperti dibawah akan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Sesiapa yang ditangkap kerana memiliki jumlah dadah berbahaya seperti dibawah akan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun tetapi tidak melebihi lima tahun, dan sebatan rotan tidak kurang dari lima kali tetapi tidak melebihi sembilan kali. (Section 39A1)

Sesiapa yang ditangkap kerana memiliki jumlah dadah berbahaya seperti dibawah akan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan rotan tidak kurang dari sepuluh kali. (Section 39A2)

Sesiapa yang ditangkap kerana memiliki jumlah dadah berbahaya seperti dibawah akan dikenakan penjara kerana pemilikkan mengikut seksyen 12.

Ketua Seksyen Narkotik
Tel:+603-7985 3831
Fax: +603-7958 1173

Toksikologi

1. Apa itu Toksikologi?

Toksikologi merupakan satu bidang saintifik tentang kajian ‘racun yang memberi fokus kepada kesan-kesan bahan kimia yang tidak diingini ke atas organisme hidup. Bidang ini juga merangkumi kajian tentang mekanisme, rawatan dan kaedah-kaedah pengesanan racun.

2. Apa itu racun?

Racun merupakan sebarang bahan yang memudaratkan kesihatan organisme hidup apabila diambil samada secara tidak sengaja atau disengajakan. Kuantiti/dos sebarang bahan kimia akan membezakan samada bahan tersebut merupakan racun ataupun ubat. Bahan tersebut adalah tidak toksik (tidak beracun) apabila amaun >15 g/kg membawa kemudaratan. Bahan tersebut adalah supertoksik apabila < 5 mg/kg membawa kemudaratan kepada organisme hidup.

3. Kenapakah vitreous humour dipilih untuk analisis alkohol dalam kes bedah-siasat?

Ini adalah kerana vitreous humour dilindungi daripada activiti mikrob yang boleh membawa kepada peningkatan penghasilan etil alkohol secara endogenous.

4. Apakah had maksima kandungan alkohol dalam darah di sisi undang-undang (legal limit)?

Had maksima kandungan alkohol dalam darah adalah 0.08% (w/v) atau 80mg alkohol per 100ml darah. Seseorang yang mempunyai konsentrasi alkohol dalam darah (BAC) melebihi 0.08% dianggap memandu di bawah pengaruh alkohol.

5.Bagaimanakah seseorang itu boleh mengurangkan kandungan alkohol selepas meminum arak yang berlebihan?

Ramai yang menganggap bahawa senaman, pengambilan air atau kopi yang berlebihan dan juga makan boleh mengurangkan kandungan alkohol dalam darah. Pada hakikatnya, hanya masa sahaja yang boleh mengurangkan kandungan alkohol dalam darah.

Ketua Seksyen Toksikologi
Tel:+603-7985 3821
Fax: +603-7958 1173

DNA Forensik

1. Bagaimanakah bukti DNA boleh menentukan seseorang itu bersalah atau tidak dalam sesuatu kes jenayah?

Tugas para saintis forensik adalah untuk mencari persamaan antara profil DNA yang dijumpai di tempat kejadian dengan profil DNA dari sumber yang diketahui. Persamaan antara dua profil DNA tersebut semata-mata, tidak boleh membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak keatas jenayah tersebut. Walaubagaimanapun, ianya boleh digunakan bersama-sama bukti-bukti yang lain .

2. Adakah sampel yang telah rosak teruk seperti tulang dan rambut boleh digunakan untuk analisis pemprofilan DNA?

Ya,tulang dan rambut dari mayat yang reput masih mengandungi DNA dan boleh digunakan untuk analisis DNA.

3. Bolehkan ujian DNA mengenalpasti jantina seseorang?

Boleh.

4. Berapa lama masa yang diperlukan untuk ujian paterniti DNA?

1 hingga 2 minggu.

5.Bolehkah ujian paterniti dijalankan keatas bayi yang belum lahir?

Boleh. Tetapi prosedur pengambilan sampel ini adalah berisiko kepada ibu dan bayi.

6. Siapakah yang yang dibenarkan untuk mengambil sampel darah untuk analisis DNA?

Pegawai perubatan di hospital kerajaan dan hospital swasta.

7. Bagaimanakah caranya sampel darah disimpan untuk tujuan analisis DNA?

Tidak perlu diawet sekiranya sampel darah diserah dalam masa 24 jam.Tetapi jika sebaliknya (diserah selepas 24jam) sampel mesti disejukbekukan sehingga masa penyerahan.

8. Apakah sampel selain dari darah yang sesuai untuk ujian paterniti DNA?

Sampel swab mulut boleh digunakan untuk ujian paterniti DNA. Swab mulut diperolehi dengan menyapu dengan kuat putik kapas yang bersih keatas permukaan dalam pipi.

9. Bagaimanakah sampel-sampel diserahkan ke Kimia Malaysia untuk analisis DNA?

Sampel boleh dihantar dengan menghantar sendiri ke Kimia Malaysia atau melalui syarikat penghantar( ‘courier’).

Ketua Seksyen DNA Forensik
Tel:+603-7985 3841
Fax: +603-7958 1173

Kriminalistik

1. Apa itu bahan bukti surihan?

Bukti surihan yang biasa termasuklah rambut, serat, cat, tanah dan bahan-bahan lain yang mudah berpindah dari seorang individu kepada individu yang lain.

2. Adakah mungkin untuk menentukan individu yang melepaskan tembakan dari senjatapi?

Ya, melalui pengesanan sisa tembakan senjatapi (GSR) pada tangan dan pakaian individu yang disyaki.

3. Bagaimanakah cara menentukan peluru yang dijumpai di tempat kejadian (evidence bullet) ditembak dari senjatapi yang disyaki?

Ini boleh ditentukan dengan membandingkan tanda-tanda karektoristik pada peluru yang dijumpai di tempat kejadian (evidence bullet) dengan peluru yang diujitembak oleh pemeriksa senjatapi menggunakan senjatapi yang disyaki.

4. Adakah kedudukan nombor chasis dan nombor enjin bagi setiap jenis kenderaan sama?

Tidak. Setiap kenderaan mempunyai kedudukan nombor chasis dan nombor enjin yang berbeza. Bentuk nombor dan huruf- huruf yang digunakan juga berbeza bergantung kepada buatan, model, tahun dan negara asal kenderaan tersebut.

5.Adakah Seksyen Kriminalistik menyediakan perkhidmatan bagi pemeriksaan cap jari?

Tidak. Seksyen ini tidak menyediakan perkhidmatan untuk pemeriksaan cap jari. Di Malaysia, bukti cap jari dikendalikan oleh pihak polis.

Ketua Seksyen Kriminalistik
Tel:+603-7985 3851
Fax: +603-7958 1173

Dokumen

1.Apa itu dokumen yang dipertikaikan?

Dokumen yang dipertikaikan ialah dokumen dimana keaslian dan kesahihan dokumen tersebut diragui. Antara dokumen yang seringkali dipertikaikan termasuklah sebarang surat, cek, lesen memandu, kontrak, wasiat, pasport, surat layang, surat bunuh diri dan tiket loteri. Sebarang tanda yang dijumpai pada pintu, tingkap, dinding dan sebagainya juga dikira sebagai dokumen yang dipertikaikan.

2. Siapakah pemeriksa dokumen?

Seseorang pemeriksa dokumen dikenali dalam sistem perundangan sebagai saintis forensik. Tugas utamanya adalah untuk membuat perbandingan sesuatu dokumen yang dipertikaikan menggunakan cara-cara saintifik kepada satu siri dokumen yang telah dikenalpasti kesahihannya untuk mengenalpasti penulisnya.

3. Apakah perbezaan antara ahli grafologi/grafo-analist dan pemeriksa dokumen forensik?

Ahli grafologi menganalisis tulisan tangan untuk membuat interpretasi terhadap karektor dan perwatakan penulis. Pemeriksa dokumen forensik pula menganalisis tulisan tangan untuk membuat perbandingan bagi menentukan siapa penulis dokumen tersebut.

4. Bagaimananakah tulisan tangan boleh dikenalpasti?

Tulisan dan tandatangan boleh dikenalpasti melalui analisis kerana (a) tidak ada dua orang mempunyai tulisan tangan yang sama dan (b) aktiviti menulis boleh mewujudkan satu kombinasi tulisan yang unik dan berbeza untuk setiap orang.

5. Adakah senang untuk mengenalpasti tulisan tangan seseorang?

Tidak, terdapat beberapa faktor yang menghalang daripada pengenalpastian 100%. Ini adalah kerana sampel tulisan tangan yang dipertikaikan adalah terhad, ataupun tulisan seseorang itu diubah secara sengaja untuk mengelakkan daripada dikenalpasti.

7. Apakah yang boleh menyumbang kepada variasi dalam tulisan?

Faktor luaran seperti umur, penyakit, keadaan mabuk, posisi semasa menulis dan alat tulisan boleh menyebabkan perbezaan pada tulisan seseorang itu.

Semasa analisis dokumen itu sedang dijalankan, adakah boleh dikenalpasti sama ada seseorang individu itu menulis dengan tangan kiri atau kanan? Bolehkah jantina penulis dikenalpasti juga?

Dalam kebanyakkan kes, ia tidak boleh dikenalpasti sama ada individu itu menulis dengan tangan kiri atau kanan. Faktor lain yang tidak boleh dikenalpasti termasuklah posisi individu itu semasa menulis, umur penulis dan tahap pendidikan penulis.

Ketua Seksyen Pemeriksaaan Dokumen
Tel:+603-7985 3855
Fax: +603-7958 1173

Nota : Untuk sebarang pertanyaan yang tidak dipaparkan pada bahagian FAQ ini, sila rujuk menu Hubungi Kami untuk berhubung dengan pegawai yang berkenaan.

 

Kemaskini: Ogos 1, 2016 pada 4:10 am