info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian Pengurusan Sistem Teknikal

Bahagian ini bertanggungjawab mengendalikan semua aktiviti dan program yang berkaitan dengan keperluan teknikal bagi sistem kualiti Jabatan. Bahagian ini terdiri daripada dua seksyen iaitu Seksyen Penyelidikan & Instrumentasi dan Seksyen Kalibrasi.

 

Seksyen Penyelidikan & Instrumentasi

Fungsi utama seksyen ini adalah meningkatkan lagi kemampuan dan keupayaan perkhidmatan analisis yang ditawarkan oleh Jabatan dengan:

  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dalam pembangunan kaedah analisis dan kajian secara kerjasama dengan makmal-makmal lain menggunakan peralatan yang moden dan berteknologi tinggi seperti High Performance Liquid Chromatograph Triple Quadrupole Mass Spectrometer (LC-MS/MS), Capillary Electrophoresis (CE), Gas Chromatograph-Mass Spectrometer (GC-MS) and Gas Chromatograph- Micro Electron Capture Detector (GC-µECD)
  • Analisis khusus menggunakan peralatan saintifik terkini
  • Trouble- shooting masalah analisis.

 

Seksyen Kalibrasi

Fungsi utama seksyen ini adalah merancang dan mengendalikan program-program bagi memenuhi keperluan teknikal standard ISO/IEC 17025 untuk memastikan sistem pengukuran dapat menghasilkan keputusan analisis yang tepat dan boleh dipercayai.

  • Program Kalibrasi dijalankan untuk peralatan pengukuran seperti oven, chiller, furnace, incubator dan alat timbang untuk semua makmal Jabatan.

 

Hubungi:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sistem Teknikal
Bahagian Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan
Jabatan Kimia Malaysia
Jalan Sultan
46661 Petaling Jaya
Selangor.
Tel: +603-79853015
Fax:+603-79853014

Kemaskini: Jun 13, 2018 pada 11:57 am

Tags: