info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian Metrologi Kimia

Bahagian ini bertanggungjawab menyelaras aktiviti-aktiviti untuk menjamin ketepatan sesuatu analisis melalui pembekalan bahan rujukan untuk analisis kimia serta mengukur tahap kompetensi melalui ujian kemahiran analisis. Bahagian ini terdiri daripada dua seksyen iaitu Seksyen Ujian Kemahiran Analisis dan Seksyen Bahan Rujukan Analisis.

 

Seksyen Ujian Kemahiran Analisis
  • Menyediakan dan membekal sampel ujian kemahiran analisis (JKM PT) untuk makmal-makmal pengujian kimia di Malaysia dan makmal-makmal luar negara.
  • Menyelaraskan penyertaan semua makmal Jabatan dalam skim JKM PT dalam bidang yang berkaitan.
  • Menilai kompetensi makmal peserta dalam bidang analisis PT yang disertai mengikut standard antarabangsa.
  • Menyelaraskan penyertaan semua makmal Jabatan dalam skim PT antarabangsa.

 

Seksyen Bahan Rujukan Analisis
  • Menyediakan dan mengagihkan standard primer dan sekunder kepada semua makmal Jabatan.
  • Perolehan untuk standard-standard gunasama seperti dadah narkotik, racun toksikologi, pestisid dan logam dan mengagihkan kepada semua makmal Jabatan.
  • Menyediakan dan mengagih bahan rujukan berasaskan matriks.

 

Hubungi:

Pengarah
Bahagian Metrologi Kimia
Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan
Jabatan Kimia Malaysia
Jalan Sultan
46661 Petaling Jaya
Selangor.

Tel: +603-79853119
Fax: +603-79853014

 

Kemaskini: Jun 13, 2018 pada 10:40 am