info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Ujian Kemahiran Analisis

Ujian Kemahiran Analisis Jabatan Kimia Malaysia

  • Pegawai yang kompeten adalah diperlukan dalam perkhidmatan analisis makmal untuk memastikan persediaan perkhidmatan dalam pelbagai bidang, memenuhi keperluan kualiti standard antarabangsa. Kompetensi pegawai dapat dinilai melalui penyertaan dalam Program Ujian Kemahiran Analisis (Proficiency Testing, PT). 
  • Penyertaan dalam Program PT adalah merupakan salah satu keperluan bagi memastikan kecekapan sesebuah makmal analisis di bawah standard antarabangsa ISO/IEC 17025.      
  • Jabatan Kimia Malaysia (JKM) menawarkan Program PT tahunan yang merangkumi bidang-bidang analisis seperti air, alam sekitar, makanan, mikrobiologi, industri dan sains forensik untuk semua makmal ujian di Malaysia dan luar negara.
  • Program PT ini dikendalikan oleh Unit PT, Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti dengan mendapat input teknikal dari semua makmal Jabatan Kimia Malaysia.

Proses Penyertaan PT

Setiap makmal peserta akan diberikan sampel PT berserta dengan borang penerimaan sampel, panduan/ arahan analisis dan borang keputusan ujian. Peserta dikehendaki menjalankan analisis/ ujian mengikut kaedah analisis rutin yang dijalankan di makmal masing-masing. Tempoh analisis  adalah satu (1) bulan dari tarikh penghantaran sampel.  Keputusan ujian perlu dihantar ke JKM sebelum tarikh tutup.

JKM akan menilai semua data ujian menggunakan ‘robust statistics’ dan perbandingan keputusan dari setiap makmal peserta dengan nilai ‘consensus’ (robust mean) keseluruhan kumpulan peserta mengikut standard antarabangsa. 

Semasa pendaftaran Program PT, makmal peserta juga akan diberikan nombor kod rahsia yang mana prestasi makmal dalam laporan PT adalah merujuk kepada nombor kod ini. Nombor kod ini hanya diketahui oleh makmal berkenaan dan beberapa pegawai yang menguruskan Program PT. 

Bagi makmal-makmal di Malaysia yang telah mendapat akreditasi di bawah SAMM MS ISO/IEC 17025, prestasi makmal akan dimaklumkan kepada Jabatan Standard Malaysia (JSM) sekiranya diminta. Bagaimanapun, ini adalah tertakluk kepada persetujuan yang akan didapatkan terlebih dahulu daripada makmal tersebut.

Maklumat Tambahan

  1. Makmal peserta PT dikehendaki mengembalikan borang penerimaan sampel PT sebaik sahaja sampel diterima.  Ini adalah supaya sampel diterima dalam tempoh masa yang sesuai (maksimum 5 hari bekerja) dan berkeadaan baik. 
  2. Keputusan ujian perlu dilaporkan dalam unit yang ditetapkan dalam panduan/ arahan dan borang keputusan.
  3. Borang keputusan ujian perlu dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan. Keputusan yang LEWAT tidak akan dimasukkan dalam laporan PT.
  4. Laporan PT akan dikeluarkan satu (1) bulan selepas tarikh tutup

Makmal yang ingin menyertai Program PT ini, perlu melengkapkan:

Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada pegawai-pegawai berikut:

Puan Li Hui Ling / Puan Sharifah Norfarahani Syed Nasir

Telefon:     603-79853163 / 3167 / 3168

Faksimili:   603-79853014

E-mel: lhling@kimia.gov.my/ proftest@kimia.gov.my/ proftestjkm@gmail.com

Kemaskini: November 3, 2017 pada 3:33 pm

Tags: