info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Seksyen Pengurusan Sistem Teknikal

Seksyen ini bertanggungjawab mengendalikan semua aktiviti dan program yang berkaitan dengan keperluan teknikal bagi sistem kualiti Jabatan. Seksyen ini terdiri daripada dua unit iaitu Unit Penyelidikan & Instrumentasi dan Unit Kalibrasi.

Unit Penyelidikan & Instrumentasi

Fungsi utama unit ini adalah meningkatkan lagi kemampuan dan keupayaan perkhidmatan analisis yang ditawarkan oleh Jabatan dengan:

  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dalam pembangunan kaedah analisis dan kajian secara kerjasama dengan makmal-makmal lain menggunakan peralatan yang moden dan berteknologi tinggi seperti High Performance Liquid Chromatograph Triple Quadrupole Mass Spectrometer (LC-MS/MS), Capillary Electrophoresis (CE), Gas Chromatograph-Mass Spectrometer (GC-MS) and Gas Chromatograph- Micro Electron Capture Detector (GC-µECD)
  •  Analisis khusus menggunakan peralatan saintifik terkini
  • Trouble- shooting masalah analisis.

Unit Kalibrasi

Fungsi utama unit ini adalah merancang dan mengendalikan program-program bagi memenuhi keperluan teknikal standard ISO/IEC 17025 untuk memastikan sistem pengukuran dapat menghasilkan keputusan analisis yang tepat dan boleh dipercayai.

  • Program Kalibrasi dijalankan untuk peralatan pengukuran seperti oven, chiller, furnace, incubator dan alat timbang untuk semua makmal Jabatan.

Hubungi: 
Ketua Seksyen
Pengurusan Sistem Teknikal
Tel: +603-79853015
Fax:+603-79853014 

Kemaskini: Julai 25, 2016 pada 3:28 am