info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian Pembangunan & Maklumat Teknologi (PMT)

Bahagian ini mempertingkatkan lagi operasi dan fungsi pelbagai bahagian di Kimia Malaysia melalui pelaksanaan projek pembangunan, mengurus semua sistem maklumat jabatan dan menyelaras serta menjalankan latihan untuk kakitangan Kimia Malaysia. Aktiviti ini dilaksanakan oleh tiga unit dibawahnya iaitu :

  • Unit Pembangunan
  • Unit Teknologi Maklumat

Unit Pembangunan

Perolehan

  • Pentadbiran dan penyelarasan semua projek-projek pembangunan jabatan.
  • Menyediakan dokumen yang menguruskan perolehan secara tender dan sebutharga.
  • Menyediakan dokumen-dokumen kontrak bagi bekalan/ perkhidmatan/ kerja.
  • Penyelarasan, meluluskan dan mengawasi pembelian peralatan termasuk pengendalian pesanan dan pembayaran peralatan yang dibeli berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Kementerian Kewangan.

Kewangan dan Perakaunan

  • Mengawasi peruntukan projek, perbelanjaan dan kedudukan projek.

Kerja-kerja sivil

  • Menyediakan input teknikal kepada JKR untuk projek infrastruktur.
  • Memberi petunjuk dalam rekabentuk kerja-kerja sivil dan menyelenggara aktiviti pembinaan.
  • Berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Kerjaraya, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain jabatan kerajaan berkenaan dengan kerja-kerja.

Unit Teknologi Maklumat

Unit ini bertanggungjawab ke atas semua sistem ICT Jabatan dan antara tugas-tugas unit ini termasuklah :

  • Membantu menyelaras keperluan Sistem Pengurusan Informasi makmal (SPIM)  dan Aplikasi Pra-Pendaftaran SPIM.
  • Menyelenggara Laman Web jabatan,  Sistem Intranet dan Sistem Profail Latihan.
  • Menyelenggara Emel, rangkaian dalaman Jabatan, talian wifi dan server Jabatan (Server DNS, Server Emel dan Server Aplikasi)
  • Memberi khidmat bantuan teknikal kepada pengguna eSPKB, Chemwatch, ePEROLEHAN, Sistem Pengurusan SPA, Sistem Perpustakaan (vlib), Sistem HRMIS dan Sistem SPWaktu.
  • Membantu memberikan khidmat nasihat, bantuan teknikal dan latihan kepada pegawai dan pengguna.
  • Membantu ke atas pelupusan peralatan komputer.

Kemaskini: September 5, 2016 pada 2:53 pm