info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Bahagian Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (KPSM), Jabatan Kimia Malaysia terdiri daripada enam (6) Unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Perpustakaan, Unit Latihan dan Kompetensi dan Unit Komunikasi Korporat. Secara amnya Bahagian ini bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan berikut bagi menyokong aktiviti-aktiviti teras Jabatan Kimia Malaysia. 

 

Perkhidmatan Korporat

Memberi khidmat perhubungan aktiviti jabatan, lawatan, persidangan, pameran dan upacara rasmi jabatan.

Pentadbiran Am

  • Pengurusan kenderaan.
  • Pengurusan majlis-majlis.
  • Permohonan pinjaman kenderaan, komputer, perumahan serta rumah-rumah peranginan Kerajaan.
  • Permohonan keluar negara.
  • Pengurusan Sumber Manusia- Hal-hal perjawatan (pewujudan dan   pemansuhan jawatan)  pengisian, peruntukan perjawatan, susun semula struktur perjawatan, pengambilan sumber manusia.
  • Pengesahan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, cuti, sistem Maklumat Personel (HRMIS),    pengisytiharan harta, kenaikan pangkat, tatatertib, penilaian prestasi.
  • Urusan berpencen. 

Pengurusan Kewangan

  • Menyediakan dan mengurus belanjawan tahunan jabatan
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan
  • Kawalan pembayaran peruntukan jabatan 
  • Menyelia, memantau dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan agar mencapai objektif dan impak yang ditetapkan.
  • Meningkat kompetensi dan kecekapan kakitangan jabatan dalam pengurusan kewangan menerusi latihan yang berterusan.
  • Mengurus terimaan dan pembayaran.
  • Kawalan mekanisme kawalan kewangan dan perbelanjaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan  Kewangan dan Akaun (JPKA) .
  • Melaksanakan menyelaras dan memantau sistem kewangan elektronik (eSPKB dan ePerolehan)

Perolehan

  • Mengurus perolehan-perolehan barangan dan perkhidmatan jabatan melalui sebutharga dan tender

Perpustakaan

  • Khidmat perpustakaan, pembelian dan pinjaman buku.

Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan Utama

  • Pengurusan Bangunan Ibu Pejabat Kimia termasuk utiliti, tempat letak kenderaan, sistem kad akses dan ototime.

Latihan dan kompetensi

  • Mengurus dan mengendalikan kursus dalam perkhidmatan (Induksi, Penilaian Tahap kecekapan (PTK),  BTN dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan melalui Pusat Latihan Kimia Malaysia (PLKM).

Pengurusan Aset dan Stor

  • Pembelian dan pelupusan aset dan stor jabatan

Hal-hal Keselamatan

  • Mengurus dan memastikan kawalan dan hal-hal keselamatan dilaksanakan sesuai dengan tahap keselamatan Jabatan Pada tahun masa ini terdapat seramai 66 orang kakitangan diperuntukkan  bertugas di Bahagian ini di ketuai oleh seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M54.  

 

Kemaskini: Julai 19, 2016 pada 4:49 am