info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Seksyen Biotek

Pengenalan

Keupayaan

Hubungi Kami

Bahagian Kesihatan Alam Sekitar

 

Perkhidmatan yang disediakan di Seksyen Bioteknologi :-

Mikrobiologi
Zoologi
DNA Bakteria Virus

Haiwan

Halal
GMO

 

Pengenalan 

Bioteknologi telah diiktiraf secara universal sebagai kunci teknologi terkini. Sejajar dengan inspirasi kerajaan dan seiring dengan pembangunan dalam sains analitikal, Kimia Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Seksyen Bioteknologi pada tahun 2003. Dilengkapi dengan peralatan canggih, kepakaran yang tinggi, kakitangan yang komited serta persekitaran kerja yang kondusif, seksyen ini  telah dapat memenuhi kehendak dan jangkaan pelanggan.

Bidang analisis yang disediakan termasuklah pengesanan dan pengenalpastian bakteria dalam makanan menggunakan teknik-teknik DNA dan konvensional, pengenalpastian makanan Diubahsuai Genetik (GM) dan identifikasi haiwan bagi tujuan memenuhi syarat pensijilan halal, penentuan ketulenan makanan vegetarian serta pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan hidupan liar. 

Seksyen ini dibahagi kepada 4 unit berikut:

  • Unit Mikrobiologi
  • Unit DNA Bakteria/Virus
  • Unit GMO (Makmal GMO/Pengspesisan Daging/DNA Forensik Haiwan Hidupan Liar)
  • Unit Zoologi

 

Keupayaan 

1) Mikrobiologi Makanan 

Fungsi

Menganalisis makanan dan minuman untuk tujuan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan tender kerajaan serta pemantauan.  

Jenis sampel yang diterima

  • Makanan yang mudah rosak
  • Makanan tahan lama
  • Air minuman Jenis Analisis
  • Jumlah kiraan bakteria
  • Jumlah kiraan koliform (MPN & Petrifilm)
  • Jumlah kiraan E. coli (MPN & Petrifilm)
  • Jumlah kiraan Staphylococcus aureus (MPN & Petrifilm)
  • Jumlah kiraan Bacillus spp. (MPN)
  • Jumlah kiraan yis dan kulat
  • Jumlah kiraan bakteria probiotik
  • Pengesanan Salmonella spp.
  • Pengesanan bakteria anaerobik
  • Pengesanan bakteria spore-forming
  • Pengesanan bakteria asidofilik
  • Pengesanan bakteria flat sour
  • Ujian steriliti makanan dalam tin dan kantung
  • Pengesanan Staphylococcal enterotoxin (ELISA)
  • Pengesanan B. cereus toxin (ELISA) 

*MPN : Bilangan Paling Mungkin (Most Probable Number)ELISA : Enzyme-linked immunosorbent assay

2) Mikrobiologi Air 

Fungsi

Menjamin keselamatan dan kualiti air. 

Jenis sampel yang diterima

Air mentah dan air rawat di bawah program kawalan mutu air  minum kebangsaan (KMAM)

  • Air permukaan
  • Air kolam renang
  • Air ladang
  • Punca air minum 

Jenis ujian

  • Koliform (Teknik penurasan membran dan Bilangan Paling Mungkin)
  • Koliform najis (Bilangan Paling Mungkin)
  • E. coli (Teknik penurasan membran dan Bilangan Paling Mungkin) 

 

3) DNA Bakteria/Virus 

Fungsi

  • Mengenalpasti bakteria patogenik menggunakan teknik DNA.
  • Membantu dalam penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  • Menganalisis makanan dan air minuman berbungkus untuk tujuan eksport, import dan perlesenan. 

Jenis sampel yang diterima

  • Makanan yang mudah rosak
  • Makanan tahan lama
  • Air berbungkus 

Jenis analisis

  • Jumlah kiraan bakteria
  • Jumlah kiraan koliform (MF, MPN & Petrifilm)
  • Jumlah kiraan koliform najis (MPN)
  • Kiraan E. coli (MF, MPN & Petrifilm)
  • Kiraan Pseudomonas aeruginosa (MF)
  • Kiraan Faecal streptococci (MPN)
  • Sulphite-reducing anaerobes
  • Pengesanan Clostridium perfringens
  • Pengesanan Enterotoxigenic E. coli (PCR)
  • Pengesanan Enteropathogenic E. coli (PCR)
  • Pengesanan Enterohaemorrhagic E. coli (PCR)
  • Pengesanan Enteroinvasive E. coli (PCR)
  • Pengesanan Salmonella spp. (PCR)
  • Pengesanan Listeria monocytogenes (PCR)
  • Pengesanan Vibrio cholerae (PCR)
  • Pengesanan Vibrio parahaemolyticus (PCR)
  • Pengesanan Campylobacter jejuni (PCR)
  • Pengesanan Enterobacter sakazakii (PCR)
  • Pengesanan Legionella spp. (PCR) 

*MPN : Bilangan Paling Mungkin (Most Probable Number)

MF : Penurasan membran (Membrane Filtration)

PCR : Tindakan rantaian polimerase (Polymerase Chain Reaction)

4) Pengspesisan Daging / Halal DNA 

Fungsi

  • Mengenalpasti kehadiran sumber khinzir sebagai memenuhi keperluan pensijilan halal.
  • Mengenalpasti produk samada dari sumber haiwan atau tumbuhan.
  • Menentukan spesis haiwan.
  • Penentuan ketulenan makanan vegetarian. 

Jenis sampel yang diterima

  • Bahan makanan mentah
  • Bahan makanan terproses
  • Daging dan hasil daging
  • Bahan makanan vegetarian
  • Produk herba dan ubatan tradisional
  • Kulit : contohnya kasut, beg tangan
  • Rambut dan bulu : contohnya berus, permaidani.
  • Produk penjagaan kesihatan

Jenis analisis

  • Kaedah Polymerase Chain Reaction (PCR)

– mengesan jujukan DNA universal bagi haiwan dan tumbuhan.

– mengesan jujukan DNA yang spesifik bagi spesis haiwan.

  • Kaedah Real Time PCR (RT-PCR)

–  kaedah yang lebih cepat dan sangat sensitif untuk mengesan jujukan DNA yang spesifik bagi spesis haiwan domestik. 

  • Kaedah Penjujukan DNA (DNA Sequencing)

–  mengenalpasti jujukan DNA spesis yang tidak diketahui melalui perbandingan dengan pangkalan data awam (public database). 

 

5) DNA Forensik Haiwan Hidupan Liar

Fungsi

Memberi perkhidmatan analisis berkaitan DNA haiwan hidupan liar.Membantu agensi-agensi penguatkuasaan dalam penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 bagi Semenanjung Malaysia dan Enakmen Hidupan Liar bagi Sabah dan Sarawak.Membantu kerajaan dalam memenuhi Konvensyen berkenaan Spesis Terancam dalam Dagangan Antarabangsa [Convention on the International Trade in Endangered Species (CITES)].  

Jenis sampel

  • Darah
  • Tulang
  • Daging
  • Bulu/rambut
  • Tanduk/gading
  • Kulit
  • Air liur
  • Najis
  • Barang hiasan dari binatang

Jenis Analisis

  • Pengenalpastian spesis haiwan
  • Penentuan jantina haiwan (seperti burung)
  • Ujian paterniti untuk haiwan
  • Pengenalpastian asal-usul geografi/populasi untuk haiwan tertentu 

 

6) GMO (Genetically Modified Organism) 

Fungsi

Mengenalpasti produk makanan telah diubahsuai secara genetik untuk tujuan pelabelanPengesahan dakwaan “Bebas-GMO” dan “Bukan-GMO”.Makmal GMO sebagai Makmal Rujukan ASEAN (ASEAN Reference Laboratory) untuk ujian GMO di bawah Kesatuan Eropah (EU).

Jenis sampel yang diterima

  • Bijirin*
  • Bahan makanan mentah*
  • Bahan makanan yang diproses*            

          *Berasaskan soya, jagung, kentang, tomato, beras, gandum & betik. 

Jenis analisis 

  • Kaedah Polymerase Chain Reaction (PCR) (Konvensional)

–   Menyaring/mengesan jujukan DNA spesifik di dalam produk makanan.

  • Kaedah Real-Time Polymerase Chain Reaction     

–   Kuantifikasi kandungan GM dalam produk makanan.

 

7) Zoologi

Fungsi

Mengenalpasti fitoplankton dan zooplankton di dalam air tawar dan air laut.Pemeriksaan bagi mengesan kehadiran bahan kontaminan biologikal (seperti serangga dan rambut) di dalam produk makanan bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983. Membantu lain-lain makmal cawangan Kimia Malaysia dalam analisis biologikal sekiranya perlu.

Jenis sampel yang diterima

  • Air tawar
  • Air laut
  • Produk makanan

Jenis ujian – Analisis mikroskopik

Hubungi kami :  

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dirujuk kepada: 

Ketua Seksyen Bioteknologi
Bahagian Kesihatan Alam Sekitar
Jabatan Kimia Malaysia
Jalan Sultan 46661
Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel       : 03-79853000 samb. 3037
Faks    : 03-79853028

 

Kemaskini: November 23, 2017 pada 4:07 pm