info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kontaminan Makanan

Kontaminasi Logam

Analisis pelbagai logam berat di dalam makanan dijalankan dengan menggunakan kaedah wet digestion, microwave digestion dan pengabuan kering. Kandungan logam ditentukan secara kuantitatif menggunakan AAS Flame, AAS hidrid, ICP-OES dan ICP MS. Antara logam kontaminasi yang dianalisis adalah:

  • Antimoni
  • Merkuri
  • Plumbum
  • Arsenik
  • Tin
  • Zink
  • Kadmium
  • Kuprum
  • Lain lain logam

 

Merkuri merupakan logam berat toksik yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Kandungan merkuri dalam makanan dan makanan laut yang dijalankan di SEKSYEN MAKANAN dengan menggunakan Mercury Analyzer, merupakan teknik terkini tanpa perlu olahan sampel. Mercury Analyzer berpotensi mengesan merkuri sehingga ke paras surih.

Perkhidmatan analisis di SEKSYEN MAKANAN dalam penganalisaan logam berat telah diakreditasikan dibawah ISO 17025. Selain itu, SEKSYEN MAKANAN mengambil bahagian dalam ujian tahap kecekapan dalam dan luar negara. Jabatan Kimia juga telah dilantik sebagai makmal rujukan kebangsaan di bawah majlis keselamatan makanan.

Lain-lain kontaminan dimana analisis disediakan

  • Penentuan 3-MCPD dalam makanan dan bahan makanan.
    3-monochloropropane-1, 2-diol (3-MCPD) terjadi disebabkan tindakbalas antara sumber klorin (misalnya air dan garam) dengan lipid. Ia juga boleh terhasil akibat penggunaan asid hidroklorin ketika menghasilkan asid protein terhidrolisis (HVP).
  • Benzene dalam minuman ringan

   

kembali

Kemaskini: Julai 26, 2016 pada 12:28 am