info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Perkhidmatan Pemeriksaan Dokumen

FAQs

Pengenalan

Seksyen Pemeriksaan Dokumen di bawah Bahagian Forensik, menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dokumen kepada agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan, sektor swasta dan individu persendirian.

 

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti:

    1. Pemeriksaan tulisan tangan
    2. Pemeriksaan tandatangan
    3. Pemeriksaan pengubahsuaian dokumen
    4. Pemeriksaan tulisan taip
    5. Pemeriksaan tulisan taip
    6. Pengenalpastian proses percetakan
    7. Analisa kesan tekapan
    8. Analisa dokumen terbakar
    9. Analisa dakwat
    10. Analisa kertas
    11. Khidmat nasihat berkaitan pemeriksaan dokumen

Syarat-syarat dan Keperluan Pemeriksaan Dokumen

  • Dokumen yang dihantar untuk pemeriksaan mestilah dokumen asal
  • Dokumen salinan fotostat atau salinan karbon tidak sesuai untuk perbandingan dan akan menjejaskan pemeriksaan
  • Semua dokumen dan spesimen yang dihantar hendaklah ditandakan dan dinyatakan dengan jelas dalam surat iringan
  • Jenis pemeriksaan yang dikehendaki hendaklah dinyatakan dengan jelas
  • Spesimen yang dibekalkan hendaklah bersesuaian dan mencukupi bagi tujuan pemeriksaan yang efektif

 

Bayaran

Seksyen Pemeriksaan Dokumen turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan dokumen kepada pihak swasta mahupun individu persendirian. Kadar bayaran minimum yang dikenakan adalah sebanyak RM 1, 100.00 bagi setiap kes. Kadar bayaran ini bergantung kepada jumlah sampel atau dokumen yang dipertikaikan. Sila rujuk kepada Prosedur dan Garis Panduan untuk kadar bayaran.

 

Prosedur dan Garis Panduan Penghantaran Kes Pemeriksaan Dokumen

*Klik disini untuk muat turun prosedur dan garis panduan

 

Hubungi kami

Ketua Seksyen Pemeriksaan Dokumen, Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat, Petaling Jaya  

Tel: +603-7985 3855 | Faks: +603-7958 1173

Seksyen Pemeriksaan Dokumen, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kota Kinabalu

Tel: +6088-259090 | Faks: +6088-259955

Seksyen Pemeriksaan Dokumen, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang

Tel: +604-2228373 | Faks: +604-2228306

 

Kemaskini: Mac 13, 2017 pada 12:06 pm