info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Kriminalistik

Forensik | Fungsi | Soalan Lazim | Hubungi Kami

Kriminalistik

Seksyen Kriminalistik terlibat dengan pemeriksaan bukti-bukti fizikal yang berkaitan dengan kes-kes jenayah yang meliputi pemeriksaan senjata api, pemeriksaan kenderaan, bukti surihan, cakera optik cetak rompak dan sebagainya. Perkhidmatan juga meliputi penyiasatan tempat kejadian seperti kes kebakaran, letupan dan kemalangan.

Fungsi dan Peranan Seksyen Kriminalistik

Seksyen Kriminalistik menangani kes yang merangkumi bidang kerja luas yang melalui tiga unit utama iaitu Unit Analisis Forensik Senjata Api dan Kesan Alat, Unit Analisis Forensik Kebakaran, Letupan dan Bukti Surihan dan Unit Pemeriksaan Forensik Kenderaan.

Fungsi Unit Analisis Forensik Senjata Api dan Kesan Alat ialah :-

  • Pengenalan senjatapi
  • Analisis sisa tembakan sejatapi
  • Pemeriksaan kesan alat, kesan tayar dan kesan tapak kasut
  • Pemeriksaan forensik cakera padat cetak rompak

 

Fungsi Unit Analisis Forensik Kebakaran, Letupan dan Bukti Surihan ialah :-

  • Penyiasatan kebakaran dan letupan
  • Analisis bunga api/mercun
  • Analisis bahan letupan
  • Analisis sisa kebakaran

 

Fungsi Pemeriksaan Kenderaan & Bukti Surihan ialah :-

  • Penyiasatan kemalangan trafik
  • Pemulihan nombor enjin & chasis
  • Pemeriksaan tayar
  • Analisis bukti surihan

 

Pemeriksaan Senjatapi & Kesan Alat

Pemeriksaan senjatapi, komponen senjatapi, peluru , komponen peluru, alat dan kesan alat. Bahan-bahan bukti dalam kes seperti ini termasuklah senjatapi yang dijumpai di tempat kejadian (rifle, pistol, shotgun), kelopak peluru dan pelbagai kelongsong peluru sama ada yang belum atau yang telah ditembak.

Pemeriksaan Cakera Padat Forensik

Pemeriksaan audio / video CD and DVD bagi menentukan pengeluar kepada cakera padat cetak rompak.Pengenalpastian dilakukan dengan menggunakan mikroskop berkuasa tinggi yang dilengkapkan dengan pentas yang direka khas untuk pemeriksaan cakera padat. Pemeriksaan cakera padat yang dilakukan adalah berdasarkan kepada prinsip pengenalpastian kesan alat. Kecacatan dan ciri-ciri mikroskopik yang terdapat pada cakera padat cetak rompak akan dibandingkan dengan cakera padat exampler yang dihasilkan dari acuan yang disyaki digunakan oleh suspek untuk menghasilkan cakera padat cetak rompak berkenaan.

 

Penyiasatan Letupan

Pemeriksaan bahan bukti yang berkaitan kes letupan. Penyiasatan bahan letupan melibatkan pengenalpastian dan fungsi komponen yang digunakan untuk menghasilkan bahan letupan termasuk peralatan yang telah diubahsuai serta analisis bahan sisa letupan.

Penyiasatan Kebakaran

Pemeriksaan tempat kejadian kebakaran/arson bagi menentukan punca kebakaran dan analisis makmal terhadap sisa kebakaran yang dijumpai di tempat kejadian kebakaran bagi mengesan bahan hidrokarbon dan bahan penggalak kebakaran yang lain.

Penyiasatan Kemalangan Trafik

Tujuan utama penyiasatan dilakukan adalah untuk menentukan sama ada terdapat sebarang sentuhan antara kenderaan-kenderaan yang disyaki terlibat dalam kemalangan berkenaan dan kemudiannya menentukan kedudukan yang mungkin pada masa pertama perlanggaran berlaku. Analisis makmal termasuklah analisis cat, plastik, kaca dan bukti-bukti surihan yang lain.

Pemeriksaan Tayar

Pemeriksaan tayar merangkumi pemeriksaan kerosakan roda dan tayar yang dipisahkan daripada kenderan yang terlibat dalam kemalangan bagi menentukan sebab berlakunya kekempisan atau kerosakan tayar.

Pemeriksaan dan Pemulihan Nombor Siri

Pemeriksaan merangkumi pemulihan tanda lekuk yang dibuat seperti nombor yang diketuk/distem pada permukaan objek.Contoh tanda-tanda berkenaan adalah seperti nombor chasis dan nombor enjin pada kenderaan bermotor, nombor siri pada senjatapi, dan nombor pengeluaran pada silinder gas.

Analisis Bukti Surihan

Analisis bukti surihan merangkumi pengenalpastian dan perbandingan jenis-jenis bahan surihan tertentu yang boleh dipindahkan semasa berlakunya kejadian jenayah. Bukti-bukti surihan termasuklah rambut, serat tekstil dan fabrik, tali, tanah, kaca, cat dan polimer, kayu serta bahan-bahan lain yang biasanya dijumpai dalam kuantiti yang sedikit.

Hubungi

Ketua Seksyen Kriminalistik
Tel: +603-7985 3851
Fak: +603-7958 1173

 

Kemaskini: November 23, 2017 pada 3:12 pm