info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Forensik

Pengenalan | Organisasi | ASCLD / LAB | Hubungi Kami

Bahagian Forensik Kimia Malaysia merupakan organisasi terkemuka di Malaysia dalam komuniti Sains Forensik yang menyediakan perkhidmatan forensik yang bebas dan berkecuali kepada sektor – sektor awam dan swasta. Di Bahagian Forensik terdapat beberapa Seksyen iaitu :

Pengenalan

i) Narkotik
Identifikasi dan analisis dadah-dadah berbahaya seperti heroin, kanabis, candu, dadah psikotropik dan juga ATS (“amphetamine typestimulants”).

ii) DNA Forensik
Pemeriksaan serologi dan pemprofilan DNA.

iii) Kriminalistik
Analisis bahan bukti surihan, pemeriksaan kenderaan, identifikasi CD cetak rompak, identifikasi senjatapi dan penyiasatan kebakaran.

iv) Toksikologi
Kes-kes keracunan manusia dan haiwan, analisis alkohol dalam darah dan air kencing, dan juga analisis dadah dalam cecair badan.

v) Pemeriksaan dokumen yang dipertikaikan
Pemeriksaan tulisan tangan, tandatangan dan proses pencetakan, serta analisis kertas dan dakwat.

Antara perkhidmatan ini termasuklah:

Kesemua ujian dan analisis ini dijalankan di Ibupejabat dan juga Makmal Cawangan Kimia Malaysia, kecuali :-

a) Analisis pemprofilan DNA yang hanya ditawarkan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, di Makmal Cawangan Kuching, Sarawak dan semenjak 1hb Julai 2009 di makmal cawangan Pulau Pinang.

b) Pemeriksaan Dokumen yang dipertikaikan pula dijalankan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya dan semenjak 1hb April 2009 di makmal Cawangan Kota Kinabalu, Sabah. Bahagian Forensik juga menawarkan perkhidmatan sokongan termasuklah keterangan saksi pakar, kuliah dan latihan praktikal kepada:

  • Agensi perundangan dan kehakiman
  • Pejabat Peguam Negara
  • Pelatih dibawah program latihan UNODC
  • Pelajar kursus ijazah muda dan sarjana sains forensik

Objektif Bahagian Forensik

  • Menjalankan dan memastikan operasi makmal sentiasa selaras dengan kaedah sains yang terbaik yang sedia ada.
  • Memastikan semua pemeriksaan dan analisis adalah tepat dari segi teknikal. Ini merangkumi bukan sahaja kerja-kerja makmal malah juga laporan yang ditulis, penyiasatan di tempat kejadian dan keterangan di mahkamah.

Carta Organisasi Bahagian Forensik di Ibupejabat Kimia Malaysia, Petaling Jaya


Peralatan dan Kemudahan yang Terdapat di Kimia Malaysia.

Kimia Malaysia menggunakan peralatan saintifik dan teknik-teknik terkini untuk memastikan analisis bahan kes yang tepat dan jitu. Peralatan yang terdapat di Kimia Malaysia termasuklah:

  • “Integrated Multi-Function Document Examination System” yang merangkumi “video spectral comparison and Raman Spectrometer”.
  • Enzyme Linked Immunosorbent Assay (ELISA) untuk pemeriksaan dadah berbahaya.
  • Kromatografi Gas yang mempunyai detector-detektor yang spesifik dan sensitif.
  • Sistem “Remedi HS Profiling” untuk penyaringan dadah dalam air kencing.
  • “High Performance Liquid Chromatographs” (HPLC) dengan “photodiode array detector”.
  • Kromatografi Gas dengan “mass selective detectors” (GCMS).
  • CO-oksimeter untuk analisis kandungan karbon monoksida dalam darah.
  • Mikroskop “Fourier Transform Infra-Red” (FTIR).
  • “Automated High Power Microscope” untuk pemeriksaan cakera padat cetak rompak.
  • Genetic Analyzer untuk analisis DNA.

Akreditasi kepada “American Society of Crime Laboratory Directors/ Laboratory Accreditation Board” (ASCLD-LAB)

Bahagian Forensik Kimia Malaysia telah diakreditasi kepada ASCLD-LAB ® (“American Society of Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board”) sejak 19 Oktober 2005.

Bahagian ini telah diakreditasi dan diiktiraf dalam bidang “Controlled Substances, Toxicology, Biology (Serology and DNA), Firearms/Toolmarks and Questioned Documents”.

Kimia Malaysia berbangga untuk menjadi makmal kesepuluh diluar Amerika Syarikat untuk mendapat pengiktirafan persijilan ASCLD-LAB, kerana pencapaian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan sains forensik yang ditawarkan oleh Kimia Malaysia telah memenuhi syarat-syarat akreditasi ASCLD-LAB dan merupakan makmal yang setanding dengan makmal-makmal forensik antarabangsa.

Layari laman web ASCLD/LAB di:http://www.ascld-lab.org

Prosedur untuk Mendapatkan Salinan Laporan Ahli Kimia Malaysia yang Disahkan Benar.

*Klik disini untuk muat turun prosedur tersebut

Hubungi:

Pengarah Bahagian Forensik

Tel:+603-7985 3871
Faks: +603-7958 1173

 

 

Kemaskini: September 5, 2016 pada 11:26 am