info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Permohonan Latihan Industri 2018

Pengumuman

Jabatan Kimia Malaysia menawarkan tempat untuk  latihan industri kepada pelajar-pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan / Swasta bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda masing-masing.

Bidang latihan yang ditawarkan merangkumi bidang analisis makmal kimia dan biologi (Sila rujuk laman web jabatan ini untuk keterangan lanjut).

Pelajar-pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri di Jabatan ini perlu mengisi borang secara atas talian (on-line) di laman web rasmi Jabatan Kimia Malaysia (www.kimia.gov.my) dan menghantar dokumen-dokumen berikut:

  • Surat rasmi dari pihak universiti
  • Resume pelajar
  • Transkrip terkini
  • Ringkasan pengajian/subjek (menyatakan jam kredit yang perlu dihadiri pelajar untuk latihan industri)

ke alamat:

Pusat Latihan Kimia Malaysia
Jabatan Kimia Malaysia
46661 Petaling Jaya, Selangor
(u/p: Puan Norizan binti Jaafar)

atau emelkan kepada farehah@kimia.gov.my / norfarizan@kimia.gov.my

Permohonan Latihan Industri Tahun 2018 dibuka bermula 21 Disember 2017.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

Puan Siti Farehah binti Sulaiman
Email: farehah@kimia.gov.my
Tel/Fax: 03-7985 3077/3892

Puan Norfarizan binti Othman
Email: norfarizan@kimia.gov.my
Tel/Fax: 03-7985 3880/3892

 

Sila baca panduan di bawah sebelum memohon Latihan Industri.

Panduan permohonan Latihan Industri.

Carta alir permohonan latihan industri

Panduan mengisi Borang Permohonan Latihan Industri

Borang Latihan Industri Online

Kemaskini: Disember 22, 2017 pada 8:49 am