info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran Sempena Program “KEDAH YOUNG INNOVATE 2017” oleh JKMC Kedah

Kulim – Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Program KEDAH YOUNG INNOVATE 2017 di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah pada 06-07 November 2017. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Sains dan Inovasi Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Program ini bermatlamat menggalakkan budaya merekacipta dan berinovasi serta memupuk minat dalam bidang sains dan teknologi di kalangan pelajar seluruh Negeri Kedah sejajar dengan dasar STEM negara.

Selain mengambil bahagian sebagai pempamer, dua orang staf JKMC Kedah juga turut terlibat sebagai juri pertandingan dalam mengadili pertandingan inovasi yang disertai oleh pasukan yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Norsabrina binti Mohd Noor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Sumber Tenaga Manusia

sinaran 1
   

 

Kemaskini: November 13, 2017 pada 9:15 am

Tags: