info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pameran Sempena Karnival Kimia Malaysia (K2M) Zon Utara 2017 Di AIMST Universiti

Sungai Petani, Kedah – Pada 19 September 2017, telah berlangsung pameran sempena K2M Zon Utara 2017 anjuran Institut Kimia Malaysia Cawangan Utara bersama AIMST University, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah dan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Karnival yang berlangsung di AIMST University ini telah dirasmikan oleh Senior Professor Manickam Ravichandran, Naib Canselor AIMST University.

Karnival ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kesedaran dan penghayatan terhadap sains, menggambarkan sifat inovatif dan inventif dalam bidang kimia dan juga bidang berkaitan dalam mengubah bahan buangan menjadi bahan berharga (“Trash to Treasure”) serta mendedahkan dan menggalakkan generasi muda menceburi pelbagai bidang sains dan teknologi. Salah satu program yang diadakan sempena K2M Zon Utara 2017 ialah “Innovation & Invention Competition” bertemakan “Trash to Treasure” yang melibatkan pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga 4 sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis serta pelajar universiti peringkat asasi dan diploma. Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah mengadakan pameran bersama-sama Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan beberapa agensi lain yang terdiri daripada universiti dan agensi swasta.





Kemaskini: September 24, 2017 pada 3:34 pm

Tags: