info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian / Cawangan Jabatan Kimia Malaysia BIL. 1/2017

Langkawi – Pada 14 – 17 Januari 2017 yang lalu, Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian/Cawangan Jabatan Kimia Malaysia Bil1/2017 (HOD Bil.1/2017) telah diadakan di Aseania Resort & Spa Langkawi. Seramai 38 orang ahli mesyuarat telah menyertai mesyuarat ini yang terdiri daripada Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian, Pengarah Cawangan dan Ketua-ketua Seksyen Ibu Pejabat.

Mesyuarat HOD kali ini memberi tumpuan kepada aspek pencapaian jabatan pada 2016 dan perancangan jabatan untuk 2017 yang merangkumi SKT Jabatan, Pelan Strategik Jabatan dan Projek RMK-11 dan belanjawan jabatan. Selain itu, turut dibincangkan isu-isu teknikal, isu-isu pengurusan dan penemuan audit kewangan.

 

Kemaskini: Januari 20, 2017 pada 9:44 am

Tags: