info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Lawatan KSU MOSTI Ke Jabatan Kimia Malaysia

Petaling Jaya – Pada 6 November 2016 YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Azhar bin Haji Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan turun padang ke Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat. Ia merupakan lawatan ke Ibu Pejabat yang julung-julung kali diadakan semenjak beliau dilantik menjadi Ketua Setiausaha yang baharu.  Kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Azhar hadir kira-kira jam 2.00 petang turut diiringi pegawai-pegawai dari MOSTI dan disambut mesra oleh warga kerja Jabatan Kimia Malaysia. Pada sesi lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Azhar turut dibawa melawat makmal-makmal di sekitar jabatan serta melihat peralatan-peralatan yang digunakan oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Imbasan sepanjang program berlangsung :

 

Kemaskini: Januari 9, 2017 pada 9:01 am

Tags: