info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Lawatan Kerja Ybhg. Datuk Ketua Pengarah Kimia Malaysia Sempena Sambutan 10 Tahun Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah

Alor Setar – Pada 30 November 2017, YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah bersempena majlis Sambutan 10 Tahun Jabatan Kimia Kedah beroperasi dengan tema “10 Tahun Yang Berjasa”. Di dalam amanat beliau, YBhg. Datuk Ketua Pengarah telah menasihatkan semua warga Kimia Kedah supaya berfikiran terbuka, memandang ke hadapan dan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Selain meninjau perkembangan semasa jabatan serta beramah mesra dengan semua kakitangan, beliau turut merasmikan Galeri Pameran “Kimia Kedah: 10 Tahun Yang Berjasa” yang ditempatkan di ruang legar Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah. Disamping itu, beliau turut menyempurnakan upacara memotong pulut kuning, menanam pokok mata kucing dan bergambar kenangan dengan semua kakitangan.

Terdahulu, pada 29/11/2017 YBhg. Datuk Ketua Pengarah dan keluarga juga telah sudi hadir memeriahkan majlis jamuan makan malam bersama warga Kimia Kedah dan ahli keluarga serta beberapa orang mantan kakitangan Kimia Kedah yang telah bersara dan juga bertukar ke cawangan lain yang turut hadir. Beliau juga turut serta dalam majlis bacaan yaasin dan tahlil yang diadakan selepas solat maghrib berjemaah di surau jabatan.

Lawatan Kerja Kedah Lawatan Kerja Kedah1
Lawatan Kerja Kedah2 Lawatan Kerja Kedah3

 

Kemaskini: Disember 3, 2017 pada 9:41 pm

Tags: