info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Laporan Pameran PSN Sci-Fest ’16 Di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar, Kedah

Pada 10 hingga 12 Disember 2016, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena program PSN Sci-Fest ’16 bertempat di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar, Kedah. Karnival yang berlangsung selama tiga hari tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Sains Negara. Selain daripada Jabatan Kimia Malaysia, pameran turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta terutamanya jabatan-jabatan dibawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Penganjuran Sci-Fest ’16 ini adalah bersempena dengan sambutan World Science Day for Peace and Development (WSDPD) yang disambut pada 10 November setiap tahun seperti yang ditetapkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Tema Sci-Fest ’16 yang dipilih pada tahun ini adalah Celebrating Science Centres and Science Museums. Antara aktiviti yang telah dijalankan bagi Sci-Fest ’16 adalah pameran sains hands-on di Galeri PSNCWU, Demonstrasi Sains, aktiviti Built It, Let’s Innovate, Alarm! dan juga pameran dari agensi kerajaan, swasta dan juga IPT. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul,TKSU STI MOSTI.

Seramai lebih 900 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah dan juga pelbagai lapisan masyarakat telah mengunjungi ruang pameran yang telah disediakan untuk JKMC Kedah mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Para pengunjung diberi penerangan mengenai pelbagai skop analisa yang dijalankan di Jabatan Kimia antaranya ialah Alam Sekitar, Forensik dan Industri Klasifikasi Tarif Dagangan. Seramai 19 orang kakitangan JKMC Kedah telah terlibat dalam menjayakan pameran tersebut. Sepanjang pameran tersebut berlangsung booth JKMC Kedah merupakan antara booth paling ramai pengunjung. Warga belia dan para pelajar telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap pameran dan aktiviti interaktif serta bertanyakan pelbagai soalan yang berkaitan.  

Tujuan utama pameran ini adalah untuk mendedahkan masyarakat tentang peranan dan fungsi Jabatan Kimia Malaysia terutamanya dalam penguatkuasaan undang-undang dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, pameran ini juga adalah salah satu medium untuk mengeratkan hubungan mesra dan silaturahim antara kakitangan Kimia dan masyarakat melalui program turun padang dengan sikap terbuka dan mudah didekati selaras dengan Prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam. Matlamat lain juga bertujuan memupuk minat golongan belia dan pelajar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi khususnya sains kimia di kalangan masyarakat. Ianya dijangka meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sains kimia dan inovasi dalam kehidupan seharian serta menyuntik sikap inovasi dan kreativiti dalam kehidupan seharian. 

 

Antara staf JKMC Kedah yang terlibat dalam pameran pada hari pertama

Staf JKMC Kedah yang sentiasa ceria dan sedia berkongsi ilmu bersama pengunjung-pengunjung yang datang melawat ke Booth JKMC Kedah

  Sekitar hari terakhir pameran pengunjung sentiasa memenuhi booth JKMC Kedah

Kemaskini: Januari 9, 2017 pada 9:17 am

Tags: