info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah Di Pameran Sains Dan Teknologi Sempena Karnival Pendidikan Sains, Inovasi Dan Teknologi Hijau (KAPSAINTEK) Peringkat Negeri Kedah 2017

Alor Setar, Kedah – Pada 17 dan 18 September 2017 yang lalu, telah berlangsung pameran Sains dan Teknologi sempena KAPSAINTEK 2017 anjuran Kerajaan Negeri Kedah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU). Karnival yang telah berlangsung di PSNCWU tersebut melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri Kedah dan pelbagai pertandingan yang berkonsepkan inovasi telah dipertandingkan sepanjang karnival ini.

Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah mengadakan pameran bersama-sama empat agensi lain iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Kesihatan Kedah, Jabatan Kerja Raya dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Karnival ini bertujuan untuk memupuk minat dan kesedaran murid terhadap bidang Sains, Inovasi dan Teknologi Hijau selaras dengan matlamat STEM Kebangsaan. Perasmian penutup karnival ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Norsabrina binti Mohd Noor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Sumber Tenaga Manusia.

Kemaskini: September 24, 2017 pada 3:41 pm

Tags: