info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Hari Inovasi 2017 JKMC Kedah

Alor Setar, Kedah – Pada 25 Oktober 2017, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah telah menganjurkan Hari Inovasi 2017. Program ini yang turut disertai oleh empat orang kakitangan kader Jabatan Kimia Malaysia di Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Teluk Chengai, telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah, Pn. Marhayani binti Md. Saad. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menggarap kreativiti dan membudayakan inovasi di kalangan kakitangan Kimia Kedah sempena sambutan ini.

Sambutan Hari Inovasi sangat signifikan di kebanyakan jabatan kerajaan khasnya agensi-agensi di bawah MOSTI. Selaras dengan Arahan Pekeliling MAMPU yang dikeluarkan pada 29 Januari 2010, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia untuk menyokong usaha kerajaan bagi membudayakan inovasi dalam perkhidmatan awam, termasuk mengadakan Hari Inovasi.

Pada sebelah pagi dua sesi ceramah iaitu ceramah mengenai AKRAB, dan ceramah bertajuk “Teknik Berfikir” telah diadakan. Semasa ceramah tersebut, peserta diberikan tugasan berkumpulan yang menggalakkan peserta berfikir secara kreatif. Selain itu pembentangan projek KIK 2017 yang bertajuk “Everlasting Etching Probe (E.E.P)” diadakan oleh Pasukan KIK Kedah.

Pada sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan Cabaran Inovasi, dimana setiap kumpulan perlu menghasilkan replika dengan menggunakan bahan terhad yang diberikan iaitu kayu aiskrim, gam dan gunting. Pertandingan ini diadakan bagi membina daya kreativiti dikalangan kakitangan selain mengukuhkan hubungan kerjasama antara ahli kumpulan. Penilaian telah dibuat oleh juri-juri yang dilantik oleh JK Pengelola.

Program Hari Inovasi 2017 ini telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengarah, penyampaian hadiah kepada pemenang Cabaran Inovasi dan penyerahan sijil penghargaan kepada Pasukan KIK serta kepada kakitangan yang telah berkhidmat selama 25 tahun.

Secara keseluruhannya, program Hari Inovasi ini telah berjaya menarik minat dan penyertaan semua warga Kimia Kedah. Reaksi yang positif telah dipamerkan oleh kakitangan sepanjang aktiviti berkumpulan dijalankan dan semua kakitangan amat berpuas hati dengan penganjuran Hari Inovasi kali ini. Diharap pemikiran kreatif dan inovatif yang dijana sepanjang sambutan Hari Inovasi bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti kakitangan malah dapat memberi impak kepada jabatan keseluruhannya.

 Perasmian
Ucapan Perasmian Hari inovasi 2017

teknik berfikirCeramah Teknik Berfikir

akrab Ceramah AKRAB

KIK 2017

 Pembentangan Projek KIK 2017 : Everlasting Etching Probe (E.E.P)

 cabaran inovasi2  cabaran inovasi1
 cabaran inovasi  cabaran inovasi3
Cabaran Inovasi Membuat Replika

ajk inovasi

Jawatankuasa Pengelola Hari Inovasi 2017

Kemaskini: Oktober 30, 2017 pada 5:19 pm

Tags: