info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Program Promosi Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kuching Sempena : Program Kerjasama & Perkongsian Ilmu Dengan Jabatan Kejuruteraan Petrokimia Politeknik Kuching, Sarawak

Pada 23 September 2014, telah diadakan ceramah pada Program Promosi Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kuching Sempena Program Kerjasama & Perkongsian Ilmu Dengan Jabatan Kejuruteraan Petrokimia Politeknik Kuching, Sarawak. Ceramah tersebut telah diadakan di Bilik Kuliah Jabatan Kejuruteraan Petrokimia di politeknik berkenaan. Antara tajuk ceramah yang disampaikan adalah . Pengenalan Jabatan Kimia Malaysia, Introduction to Good Lab Practices, General Laboratory Safety danToxicology and Health Effects of Chemicals.

Program Jelajah Ikon Saintis, Peringkat Negeri Melaka 2014 image1Peserta-peserta khusyuk mendengar ceramah

Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan Jabatan Kimia Malaysia secara lebih dekat khususnya kepada pelajar jurusan akhir Kejuruteraan Petrokimia dan para pensyarah Jabatan Ia juga bertujuan memberi tunjuk ajar mengenai sistem amalan baik dan prosedur keselamatan umum di dalam makmal dan bengkel. Selain itu, ia memberi pemahaman lanjut mengenai bidang Toksikologi dan kesan bahan kimia kepada kesihatan.  Sesi ceramah ini juga diisi dengan tayangan video koprat Jabatan Kimia Malaysia dan video Safety& Health@Laboratory/Workshop.

Ceramah telah dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar jurusan akhir kejuruteraan petrokimia. Bagi siri ceramah ini, dua wakil Pegawai Sains dari JKM Kuching  telah hadir untuk memberi tunjuk ajar iaitu Cik Hazalinawati Zailani (ceramah 1 dan 4) dan Puan Aishah Abdul Aziz bagi (ceramah 2 dan 3).

Program Jelajah Ikon Saintis, Peringkat Negeri Melaka 2014 image1Penyampaian Cenderakenangan daripada Ketua Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Tuan Hj. Dr. Zamri Ismail kepada penceramah dari JKM cawangan Kuching.

 

Sumber : JKM Cawangan Kuching

 

Kemaskini: November 6, 2014 pada 7:27 am