info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Program Percambahan Ilmu Bil.7/2014 Dengan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak [AADK]

Pada 26 September 2014, telah diadakan satu ceramah yang bertajuk Drugs: Commonly Abused In Malaysia sempena Program Percambahan Ilmu Bil.7/2014 Dengan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak [AADK] bertempat di Bilik Mesyuarat, AADK Sarawak

Program Jelajah Ikon Saintis, Peringkat Negeri Melaka 2014 image1Sesi perbentangan ceramah dan diskusi

Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk memperkukuhkan lagi jalinan muhibbah di antara dua kementerian/ jabatan iaitu Kementerian Dalam Negeri dan MOSTI di negeri Sarawak selain mempromosi dan memperkenalkan Jabatan Kimia Malaysia secara lebih dekat khususnya kepada kakitangan AADK. Di samping itu, objektif ceramah adalah untuk menerangkan tentang penyalahgunaan dadah dan jenis dadah yang kerap digunakan oleh penagih. Selain itu, ia juga bertujuan memberi pemahaman lanjut mengenai “New Psychoactive Substance” dan mengupas isu-isu semasa yang melibatkan dadah. Sesi ceramah juga turut menayangkan video koprat Jabatan Kimia Malaysia

Seramai 20 orang peserta telah menyertai ceramah ini yang terdiri daripada kumpulan P&P dan pelaksana. Bagi siri ceramah ini Pn. Aishah Abdul Aziz (Ketua Seksyen Narkotik) mewakili JKM Kuching selaku penceramah. Sebagai maklumat tambahan, terdapat (3) tiga cawangan AADK di negeri Sarawak antaranya Miri, Sibu dan Kuching

Program Jelajah Ikon Saintis, Peringkat Negeri Melaka 2014 image1Penyampaian Cenderakenangan daripada Pengarah AADK Negeri Sarawak, Tuan Wan Madihi Bin Haji Wan Salleh kepada Pn. Aishah Abdul Aziz

Program Jelajah Ikon Saintis, Peringkat Negeri Melaka 2014 image1Gambar kenangan bersama kakitangan AADK Kuching Sarawak

 

Sumber : JKM Cawangan Kuching

 

Kemaskini: November 6, 2014 pada 7:29 am