info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Program Kimia Ke Desa di Marang, Terengganu

Marang – Pada 7- 8 Oktober 2016 yang lalu, telah diadakan Program Kimia Ke Desa di Kampung Alor Limbat, Marang, Terengganu. Kemeriahan program dimulakan dengan pertandingan memancing yang diadakan di kampung tersebut. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia. Pada sebelah malam, Sekitar sesi pengenalan program Kimia ke Desa dan penerangan berkaitan fungsi Jabatan Kimia Malaysia serta majlis barbeku bersama warga Kampung Alor Limbat, Marang, Terengganu.

Menjelang 8 Oktober 2016, wakil Jabatan Kimia Malaysia menyambut ketibaan YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu sempena Program Kimia ke Desa 2016. Program Kimia Ke Desa di Kampung Alor Limbat, Marang, Terengganu ini mencapai objektifnya dengan membawa sains, teknologi dan inovasi kepada masyarakat desa disamping menyelitkan acara sukan rakyat bersempena dengan Hari Sukan Negara. YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi turut serta turun padang bersama penduduk kampung dalam acara sukan tersebut.

Majlis perasmian penutup Program Kimia Ke Desa telah berlangsung dengan meriah dan disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi.

Sekitar pertandingan memancing

 

Sesi pengenalan kepada program Kimia Ke Desa

Wakil-wakil JKM menyambut ketibaan YB Timbalan Menteri

Aktiviti-aktiviti sukan rakyat

 

Sekitar majlis penutup

 

Kemaskini: Oktober 10, 2016 pada 9:49 am

Tags: