info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Program Gotong Royong Perdana 2017 Jabatan Kimia Malaysia

Petaling Jaya – Pada 4 April 2017, Program Gotong Royong Perdana 2017 Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat yang diadakan di sekitar kawasan jabatan.

Objektif program gotong royong yang melibatkan semua warga KIMIA ini diadakan adalah untuk memperindahkan persekitaran jabatan selain untuk memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk di sekitarnya. Selain itu, program ini dapat menyemai semangat kekitaan, permuafakatan serta perasaan ‘sense of belonging’ warga Kimia kepada Jabatan Kimia Malaysia dicintai.

Beberapa aktiviti telah diadakan di sepanjang program tersebut, di antaranya kerja-kerja pembersihan di sekitar jabatan, mengecat pagar & pembahagi jalan, menanam pokok dan sebagainya.

Sempena Program Gotong Royong Perdana di Jabatan Kimia Malaysia di Ibu Pejabat, suatu jamuan telah diadakan untuk semua warga Kimia yang telah berhempas pulas dalam menyumbang tenaga dan keringat dalam menjayakan program ini. Jamuan ini telah ditaja oleh YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia bersama-sama dengan semua para pegawai yang telah menerima kenaikan pangkat baru-baru ini.

 

Kemaskini: April 7, 2017 pada 9:53 am

Tags: