info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Pertandingan Marathon JKMC Terengganu

Kuala Terengganu – Pada 14 April 2016 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kimia Terengganu telah menganjurkan satu pertandingan Marathon Panorama untuk kali yang ke 3. Pertandingan ini adalah salah satu acara yang  dipertandingankan bagi Sukan Tahunan Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu (JKMC Trg)  dan  ini merupakan acara yang pertama untuk tahun 2016.

Pertandingan ini bermula pada jam 8.30 pagi diperkarangan JKMC Trg dan berakhir di puncak Bukit Panorama. Jarak larian marathon ini adalah 1.7 kilometer. Acara ini sungguh meriah dengan penglibatan hampir kesemua kakitangan JKMC Trg terlibat dalam larian marathon ini. Kakitangan telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Biru dan Merah. Penutupan majlis telah diadakan dipuncak Bukit Panorama dengan sessi penyampaian hadiah pemenang tempat pertama hingga ke lima, cabutan bertuah dan sessi bergambar.

 

Kemaskini: April 18, 2016 pada 1:04 am