info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Persidangan 24th IUPAC International Conference on Chemistry Education (ICCE 2016)

Pada 15 hingga 20 Ogos, 2016 – Persidangan 24th IUPAC International Conference On Chemistry Education (ICCE 2016) telah dianjurkan oleh Institut Kimia Malaysia (IKM) bersama Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Univerisiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Regional Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM) dan Tunku Abdul Rahman University College (TARC) pada 15 hingga 20 Ogos 2016 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Kuching, Sarawak. Persidangan itu bertujuan menggalakkan komunikasi dan kolabrasi di kalangan ahli kimia. Dengan matlamat tersebut, persidangan ini telah disokong oleh Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pendidikan (MOE) Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia bawah naungan International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC).

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Professor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak. Tuan Haji Ismail Bin Talib, Ketua Pengarah JKM dan Puan Hasnah Binti Hussin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM merupakan antara jemputan khas yang hadir ke majlis tersebut. Seramai 2 orang pembentang oral dan 12 orang peserta dari JKM Ibu Pejabat, makmal cawangan negeri Sabah dan Sarawak telah menyertai persidangan tersebut. Semua pegawai JKM telah memberi komitmen yang tinggi bagi menjayakan persidangan tersebut. Sesungguhnya, Dr. Seah Lay Hong, Pengarah JKM cawangan Kuching dan Dr. Malarvili Ramalingam, pegawai kanan dari JKM Ibu Pejabat yang mengambil peranan sebagai ahli jawatankuasa penganjuran serta 3 orang pegawai JKM Cawangan Kuching sebagai sukarelawan telah banyak menyumbang dalam kesempurnaan persidangan tersebut.

Dengan tema “Pendidikan Kimia memampan transformasi sosio-ekonomi”, ICCE 2016 yang meliputi 13 program teknikal, 7 aktiviti simposium, bengkel dan forum telah membuka ruang yang baik untuk pakar-pakar kimia bagi menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini. Yang pentingnya, persidangan ini telah mendedahkan pegawai JKM terhadap perkembangan teknologi dan inovasi terkini yang dimiliki oleh profesional dalam bidang seperti pendidikan sains kimia, kimia makmal, kimia hijau, kimia alam sekitar, Konvensyen Senjata Kimia (CWC) serta Keselamatan Bahan Kimia (CSS). Selain itu, ICCE 2016 bertindak sebagai platform antarabangsa yang mencetuskan rangkaian merentas sempadan yang luas dengan penyertaan lebih 500 peserta. Tambahan pula hasil yang memberangsangkan bahawa persidangan ini telah membentuk kelompok pemikir yang pastinya akan mewujudkan lebih banyak kerjasama profesional pada peringkat kebangsaan dan global.

No Nama Tajuk pembentangan
1.       

Encik Azharuddin bin Abd. Aziz

Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti, JKM Ibu Pejabat

Discrimination between Basmati and Non-Basmati Rice Using Stable Isotope Ratio and Chemometric Analyses
2.       

Cik Fathiah Binti Ahmad Zubaidi

Bahagian Forensik, JKM Ibu Pejabat

Liquid Chromatographic Tandem Mass Spectrometer Method for the Determination of Common Drugs of Abuse and an Approach in Evaluating Dried Blood Stain (DBS) Sample Stability for Forensic Toxicology Cases in Malaysia

 

icce1

ICCE 2016 telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Professor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak.

icce2

Tuan Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Kimia Malaysia bersama para peserta

icce3

Pembentang oral dari JKM Ibu Pejabat bagi sesi teknikal Kimia Umum; Encik Azharuddin bin Abd. Aziz dan Cik Fathiah Binti Ahmad Zubaidi. Pembentang berbincang bersama delegasi dari Australia selepas sesi pembentangan.

icce4

Kemaskini: September 7, 2016 pada 9:13 am

Tags: