info blue green red info back decreasefont increasefont back
facebook twitter youtube instagram rss

Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia bagi bulan September

Petaling Jaya, 8 September 2017 : Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia Malaysia bagi bulan September 2017 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia. Perhimpunan yang berlangsung di Dataran Kimia, Ibu Pejabat ini dianjurkan oleh Bahagian Industri Klasifikasi dan Tarif Dagangan (IKTD).

Upacara perasmian Minggu OSH 2017 Ibu Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia turut diadakan bersekali dengan penyerahan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi sistem OHSAS 18001 Jabatan Kimia Malaysia yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kepada semua Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia.

Penyampaian sijil Pertandingan Semarak Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 Peringkat Jabatan Kimia Malaysia juga diadakan pada majlis sebentar tadi.

Johan bagi kategori Ibu Pejabat jatuh kepada Bahagian Kesihatan Alam Sekitar (KAS) dan Johan bagi kategori Cawangan dimenangi oleh Kimia Johor serta Naib Johan adalah Kimia Kedah.

Seluruh warga Kimia turut menunjukkan semangat perpaduan, kekitaan & sehati sejiwa dengan mengenakan tali leher merah (bagi lelaki) dan tudung serta selendang merah (bagi wanita).

 

sinaran 1
sinaran 1 sinaran 1
sinaran 1 sinaran 1

Kemaskini: September 8, 2017 pada 4:19 pm

Tags: